Pemain yang 10 kali tersenarai sebagai All-Star NBA itu memperoleh lima peratus pemilikan Philadelphia Union, dengan pilihan untuk pembelian lima peratus lagi pada masa akan datang.
"Saya sentiasa meminati bola sepak dan mahu menyertainya dengan cara yang amat bermakna. Pasukan saya dan saya berasakan satu hubungan segera dengan pemilikan Philadelphia Union dan pegawainya dan visi mereka dalam satu kerjasama," katanya dalam satu kenyataan.
"Ketika anda tidak dapat menyaksikan saya dalam perlawanan buat masa ini, pasukan saya dan saya akan memainkan peranan aktif dalam komuniti, di mana saya boleh memberikan bantuan kepada Chester (Pennsylvania) dan Philadelphia.''
OFFICIAL: @KDTrey5 is now a minority owner of the Philadelphia Union pic.twitter.com/eAw8tL7jyq
— B/R Football (@brfootball) June 15, 2020
Durant merupakan bekas pemenang MVP NBA kedua membuat pelaburan dalam pasukan MLS selepas pemain Houston Rockets, James Harden, memiliki saham Houston Dynamo sementara quarterback Seattle Seahawks, Russell Wilson, turut memiliki saham Seattle Sounders.
MLS musim ini, yang direhatkan sejak Mac lalu kerana pandemik koronavirus, akan bersambung pada 8 Julai ini dengan format pertandingan 26 pasukan di Kompleks Sukan Dunia ESPN, Walt Disney Resort di Florida.
Saingan NBA musim ini turut akan bersambung di Disney World pada hujung bulan depan.
Durant, bagaimanapun, berkata dia tidak akan bermain apabila musim ini bersambung kerana perlu meneruskan pemulihan kecederaan tendon Achilles yang dialaminya.