“You are the view!”, “oh my love” – antara komen mencuit hati yang hadir usai sensasi dunia, David Beckham, memuat naik hantaran di laman Instagram beliau dengan kapsyen – I mean…wow…what a view, what a city -- malam tadi.

Sambutan cukup hangat mwnghiasi kehadiran juara enam kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ke Malaysia dengan ribuan fanatik kepada suami mithali penyanyi pop dunia, Victoria ‘Posh’ Beckham, itu berjaya dirakam lensa pengamal media tempatan yang sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan perkembangan eksklusif bekas sensasi Manchester United berkenaan.

Lebih selesa dengan penampilan ala-ala model ketika usianya menginjak ke angka 49 tahun, ketampanan David Beckham bukan sahaja mengundang rasa celaru peminat wanita, malahan fanatik lelaki juga terkedu dengan gaya cukup kacak individu berketinggian 6 kaki ini! Saiz fizikal yang cukup sempurna untuk menjadi model!

Namun, sebagai sebahagiaan daripada warga kerja Astro Arena yang bertugas pada cuti umum yang hening ini, rasa amarah sudah pasti terarah kepada wartawan Nadi Arena, Faizal Bazari, yang miliki x-faktor sehebat Beckham.

KENAPA? Kerana dalam puluhan warga kerja yang dijadualkan bertugas, namanya dipilih untuk membuat liputan eksklusif bersama dambaan dunia! Bertuah sungguh!

Lihat sahaja deretan ciapan Faizal di laman X Astro Arena, sudah pasti momen seperti ini menjadi antara detik terbaik beliau sepanjang bergelar wartawan penyiaran sukan.

Walau apapun, kehadiran David Beckham semestinya cukup memberi impak tersendiri khususnya buat seluruh peminat bola sepak dunia dan Malaysia sudah semestinya bersedia menerima kunjungan legenda sukan dunia seterusnya.

P/s: Permintaan peribadi sudah pasti ROGER FEDERER.