Cristiano Ronaldo luahkan emosi berang kepada peminat Al-Hilal selepas mereka cuba mengejeknya dengan melaungkan nama Lionel Messi.

Ronaldo dan Messi adalah dua pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dan telah berkongsi persaingan epik selama lebih sedekad.

Persaingan itu berada di kemuncaknya antara 2009 dan 2018 apabila kedua-dua pemain berpangkalan di La Liga Sepanyol, masing-masing dengan Real Madrid dan Barcelona.

Ronaldo kini bermain untuk Al Nassr di Arab Saudi, manakala Messi kini berpangkalan di Amerika Syarikat bersama Inter Miami.

Bagaimanapun, hampir tidak ada satu bibit pun yang berlalu untuk Ronaldo tanpa sekurang-kurangnya satu laungan "Messi, Messi, Messi" ditujukan ke arahnya oleh fanatik Al-Hilal.

Anda mungkin berfikir bahawa pada masa ini Ronaldo yang berusia 39 tahun akan kebal terhadapnya... tetapi silap sama sekali kerana faktor usia adalah salah satu kemungkinan dia bertindak sebegitu rupa.

Dia tampak 'shaking' pada Khamis selepas laungan Messi bermula semasa kekalahan 2-0 Al Nassr kepada Al-Hilal dalam Piala Musim Riyadh.

Dalam rakaman video yang dirakam oleh seorang peminat di dalam Kingdom Arena,Ronaldo kelihatan menjawab dengan berkata: "Saya di sini sekarang. Bukan Messi."Ia adalah malam yang mengecewakan bagi Ronaldo, yang bermain selama 90 minit secara penuh tetapi jauh daripada prestasi terbaiknya.

Dia merekodkan empat percubaan tetapi hanya satu yang memaksa penjaga gol Al-Hilal Yassine Bounou untuk bekerja keras.

Ronaldo juga terperangkap melalui ofsaid sebanyak tiga kali dan dia dilayangkan kad kuning pada minit ke-53 kerana menendang bola akibat marah selepas sepakan percuma diberikan kepada Al-Hilal.

Seterusnya bagi Al Nassr dan Ronaldo ialah perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC mereka menentang Al Feiha, Rabu depan.

Al Nassr kemudian akan kembali ke aksi Liga Pro Saudi tiga hari kemudian dengan perlawanan menentang Al Fateh.