Kapten Al Nassr, Cristiano Ronaldo gagal mengawal emosi berikutan kekalahan 2-0 pasukannya kepada pesaing terdekat mereka, Al-Hilal pada Khamis.

Perlawanan itu menyaksikan Al-Hilal memenangi Piala Musim Riyadh dan Ronaldo jelas kesal kerana terpaksa kekal di atas padang selepas itu untuk menerima pingat perak.

Ronaldo, 39, masih kelihatan kecewa apabila dia meninggalkan padang di Al-Hilal's Kingdom Arena untuk kembali ke bilik persalinan.

Ketika Ronaldo menghampiri terowong pemain, dua mafla Al-Hilal yang berwarna biru dan putih dilemparkan ke arahnya.


Rakaman video yang dirakam oleh peminat berhampiran terowong itu memaparkan bahawa Ronaldo mengambil satu daripadanya sekaligus menggosoknya ke kelangkang sebagai tanda marah kepada mereka.

Ronaldo kemudiannya membuang selendang itu dan berlalu pergi ke dalam bilik persalinan.