Real Madrid terpaksa bersabar sebelum menewaskan pasukan divisyen empat Sepanyol, Arandina, 3-1 dalam pusingan 32 Copa del Rey awal pagi tadi, di mana Joselu, Brahim Diaz dan Rodrygo kesemuanya menjaringkan gol dalam separuh masa kedua.

Tuan rumah pula meraih gol saguhati pada lewat permainan menerusi gol sendiri Nacho.

Dalam pada itu, dua jaringan gol dalam setengah jam terakhir daripada Memphis Depay menyelamatkan Atletico Madrid untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas kelab divisyen tiga, Lugo.

Tuan rumah hampir mencipta kejutan apabila Leandro Antonelli memadamkan gol pembukaan Angel Correa buat pelawat.

Sementara itu, gol dari Daley Blind dan Yan Couto menyaksikan Girona meraih kemenangan 2-0 di laman lawan dari divisyen Segunda, Elche, manakala Getafe, Alaves dan Real Vallecano juga meriah kemenangan.