RB LEIPZIG 2 BAYERN MUNICH 2
Harry Kane muncul wira ketika Bayern Munich bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat RB Leipzig 2-2 dalam perlawanan Bundesliga di Arena Red Bull awal pagi tadi.
Leipzig meledakkan jaringan awal menerusi Lois Openda dan Castello Lukeba tetapi Kane dan Leroy Sane membalasnya hasil penyudah dalam separuh masa kedua untuk memberikan satu mata buat pasukan juara bertahan itu.
Tetapi keputusan seri berkenaan menyaksikan anak buah Thomas Tuchel itu tergelincir ke tangga ketiga liga dengan dua mata di belakang pendahulu, Bayer Leverkusen.
Penjaga gol Bayern, Sven Ulreich, hampir terperangkap di luar kotaknya dan Leipzig kemudian bijak mengambil peluang untuk membuka jaringan selepas hanya 20 minit perlawanan.
Xaver Schlager mendapatkan semula bola di bahagian tengah dan dia melakukan lorongan kepada Openda, yang meluru laju ke bahagian depan sebelum percubaan terbiasnya masuk ke penjuru gawang untuk memberikan pendahuluan 1-0 Leipzig ke atas juara German itu.
Pada minit ke-26, Bayern dibolosi satu lagi gol untuk Leipzig mendahului 2-0.
Ulreich tersalah jangkaan ketika menyelamatkan bola sepakan penjuru David Raum dan lantunan dalam kotak penalti itu ditemui Lukeba untuk menjaringkan gol dan mengejutkan pasukan bimbingan Tuchel berkenaan di Arena Red Bull.
Leipzig kemudian bermain dengan intensiti dan kualiti yang lebih tinggi dan ia memaksa Kane dan Dayot Upamecano melakukan kekasaran sehingga dilayangkan kad kuning ketika Bayern mencari gol penyamaan.
Dan mereka akhirnya kembali merapatkan jurang kepada satu gol pada minit ke-57 menerusi sepakan penalti Kane.
Sepakan percuma Musiala terkena siku Benjamin Henrichs dan selepas semakan VAR, Kane memanfaatkan kesempatan itu untuk menjaringkan gol kelapannya dalam Bundesliga.
Jaringan itu kembali meningkatkan keyakinan Bayern dan mereka melakar kebangkitan apabila mengikat kedudukan pada minit ke-70.
Musiala mempamerkan larian kencang untuk memulakan serangan balas selepas kegagalan sepakan penjuru Leipzig dan melorongkan bola untuk disudahkan Sane untuk keputusan berakhir 2-2.
Fatin Ruzaiman
Sun Oct 01 2023
Piala AMEC: Ada pemain yang tidak mencapai standard kebangsaan
Bekas pemain kebangsaan, Nizaruddin Yusof, menyifatkan beberapa pemain tidak mencapai standard sebagai tonggak kebangsaan dalam Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024.
Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia B14: Aiman Wira AMD B14 pertahankan kejuaraan
Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 14 Tahun mempertahankan status sebagai juara Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun untuk kali kedua berturut turut selepas menundukkan SMK Taman Desa 3-1.
TMJ beri bayangan Bergson, Hidalgo naturalisasi terbaru Harimau Malaya
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), sudah memberi bayangan terbaru mengenai penstrukturan semula skuad Harimau Malaya menjelang persiapan dalam Kelayakan Piala Asia 2027, tahun depan.
TERKINI Kelayakan Piala Asia 2027: Vietnam musuh utama Harimau Malaya, jalan mudah ke Arab Saudi
Harimau Malaya bagaikan selangkah ke Arab Saudi selepas diundi bersama Nepal, Laos dan Vietnam dalam Kumpulan F menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027, tahun depan.
Bekas bintang Manchester United tinggalkan bola sepak
Bekas bintang Manchester United dan Portugal, Luis Nani, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 38 tahun.
Best of 2024: Sampai kerusi pun terbang! -- Jaringan Faisal Halim momen terbaik Jonah Chang
Pemegang rekod lontar peluru kebangsaan, Jonah Chang, memilih perlawanan Harimau Malaya bertemu Korea Selatan dalam kempen Piala Asia Qatar 2023 sebagai momen terbaiknya pada tahun 2024.
Spurs masih meletakkan kepercayaan ke atas diri saya -- Ange Postecoglou
Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, menegaskan skuad kendaliannya masih memberikan kepercayaan ke atas kepimpinannya meskipun akur dengan kekalahan 4-3 kepada Chelsea pada Ahad.
Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan
Bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya berikutan penstrukturan skuad Harimau Malaya yang akan bermula tidak lama lagi.
Fergus Tierney dibuang Chonburi kerana pilih wakili Harimau Malaya?
Beberapa media Thailand melaporkan keputusan Fergus Tierney mewakili Harimau Malaya dalam Piala ASEAN Mitubishi Eletric (AMEC) menjadi punca kontraknya bersama kelab Thai League 2, Chonburi FC, ditamatkan.
Saya tahu apa nak buat untuk menang ballon d'Or -- Mbappe
Kylian Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah individu paling berprestij itu.
Roebuck reflects on 'dream' return after stroke
Ellie Roebuck makes 'dream' return
Woods credits Scheffler's consistency for historic 2024
Woods hails Scheffler consistency
Alonso hopeful for Schick return in Champions League
Alonso: Schick could be back in UCL
Optimistic Raducanu 'on a journey of exploration' ahead of 2025 season
Raducanu optimistic about 2025
Michel demands aggression as he targets 'historic moment' against Liverpool
Michel demands Girona aggression
Root hails Brook as the best in the world after consecutive centuries
Root hails Brook as world's best
Premier League MD15: Lucky winners and unlucky losers
PL lucky winners, unlucky losers
Romero backs 'great coach' Postecoglou despite recent run
Romero backs Postecoglou at Spurs
Maharaj leads South Africa to series whitewash against Sri Lanka
Proteas clinch series whitewash
Embiid 'got lucky' with shooting on 76ers return
Embiid 'got lucky' on return