HAMBURG SV 0 BAYERN MUNICH 1
Juara bertahan Bundesliga, Bayern Munich, menyamai mata pendahulu, Borussia Dortmund, selepas menewaskan Hamburg SV 1-0 dalam aksi awal pagi tadi.
Bertandang ke tempat lawan, Bayern yang kini dikendalikan oleh Jupp Heynckes, bermula garang apabila serangan pantas daripada Kingsley Coman hampir memberikan Arjen Robben gol pendahuluan, namun rembatan bekas sayap Belanda itu sedikit tersasar.
Tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Gideon Jung dilayangkan kad merah susulan bentesan keras terhadap Coman pada minit ke-38.
Kekurangan seorang pemain menyaksikan Hamburg lebih banyak bertahan, namun asakan bertali arus pelawat akhirnya membuahkan hasil selepas tujuh minit perlawanan bersambung dalam babak kedua.
Kesilapan Mergim Mavraj dan Kyriakos Papadopoulos mengeluarkan bola dari kawasan bahaya membolehkan Corentin Tolisso mudah menolak bola masuk menewaskan Christian Mathenia.
Bayern hampir menambah gol kedua pada minit ke-72 selepas menerima hantaran hasil sepakan sudut Robben, namun rembatannya sekadar singgah ke tiang gol tatkala Mathenia sudah tertewas.
Ketika perlawanan memasuki waktu kecederaan, Robert Lewandowski turut berpeluang menambah jaringan tetapi kuisannya terhadap bola hasil hantaran David Alaba hanya sipi di sebelah kiri pintu gol Hamburg.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat, membolehkan Bayern berkongsi 20 mata dengan pendahulu, Dortmund, selepas skuad kendalian Peter Bosz itu sekadar seri 2-2 menentang Eintracht Frankfurt.
Penulis Jemputan
Sun Oct 22 2017
Robben bersara buat kali kedua
Arjen Robben mengambil keputusan untuk menamatkan kariernya selepas hanya setahun bersama Groningen.
Guardiola jurulatih terbaik dunia, kata Robben
Arjen Robben berkata bekas pengurus Bayern Munich, Pep Guardiola, merupakan pakar bola sepak menyerang dan pengendali dari Catalan itu adalah jurulatih terbaik dunia.
Robben pernah terfikir mahu kembali beraksi
Bekas pemain sayap Bayern Munich dan Belanda, Arjen Robben, mengakui pernah hadir keinginan untuk kembali beraksi.
Paderborn jadi mangsa amukan Bayern
Bayern Munich membuktikan keunggulannya berada di kelas tersendiri apabila membelasah Paderborn 6-0 dalam saingan suku akhir Piala Jerman di Benteler Arena, awal pagi tadi.
Robben tenang kontrak berbaki enam bulan
Pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben, kekal tenang mengenai masa depannya di Jerman tetapi dalam masa sama, bapanya mendedahkan wujud minat daripada pasukan lain untuk mendapatkannya.
Robben terkejut kebangkitan Bayern Munich
Arjen Robben tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut apabila Bayern Munich dengan pantas telah memintas Borussia Dortmund selaku pendahulu Bundesliga.
Bayern Munich kian selesa di puncak liga
Bayern Munich meneruskan aksi konsisten sejak kehadiran semula Jupp Heynckes selaku pengganti apabila membenam cabaran seteru utama, Borussia Dortmund, 3-1 dalam aksi Bundesliga di Signal Iduna Park, awal pagi tadi.
Bayern atasi Hamburg, kongsi mata dengan pendahulu
Juara bertahan Bundesliga, Bayern Munich, berjaya menyamai mata pendahulu, Borussia Dortmund, selepas menewaskan Hamburg SV 1-0 dalam aksi awal pagi tadi.
Robben terkejut pelantikan Heynckes
Pemain Bayern Munich, Arjen Robben, mengakui dirinya terkejut selepas Jupp Heynckes kembali menerajui kelab Jerman itu.
Hoeness: Pemain tidak sebulu dengan Ancelotti
Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness, mendedahkan bahawa tempat Carlo Ancelotti sebagai pengurus pasukan sebelum ini menjadi goyah selepas beberapa pemain tidak bersetuju dengan pendekatan yang dibawa.
Kane gunning for Lewandowski's single-season Bundesliga goal record
Harry Kane needs six goals in three Bundesliga games to match Robert Lewandowski's record haul of 41 goals from 2020-21.
Pochettino says VAR 'damaging' English football as Chelsea denied Villa win
Pochettino: VAR 'damaging' the game
'One-game series' for LeBron as Lakers secure lifeline with Nuggets win
The Denver Nuggets missed the chance to sweep the Los Angeles Lakers on Saturday and hold a 3-1 lead ahead of Game 5 on Monday.
New England Revolution 1-4 Inter Miami: Messi at the double as Herons run riot
Lionel Messi maintained his fine start to the MLS season on Saturday, moving to nine goals for 2024 with a brace in a dominant Miami win.
Uber Cup: Malaysia beaten 4-1 in opening match
Malaysia lost 4-1 to Chinese Taipei in their Uber Cup opening Group B match, a defeat which makes their road to the quarter-finals a challenging one.
NBA: Lakers avoid sweep to Nuggets; Celtics take 2-1 lead on Heat and Thunder go up 3-0
Faced with elimination, the Lakers got big performances from LeBron James and Anthony Davis to beat the Nuggets in Game 4
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao: Hosts close in on top-four finish
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao
Hull City 3-3 Ipswich Town: Tigers fight back three times to deny Tractor Boys
Report: Hull City 3-3 Ipswich Town
Chelsea and Hayes fall short again in the Champions League
Chelsea and Hayes fall short again
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre: Ramos rescues point but title confirmation must wait
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre