Kalau menang di Montilivi, confirm dapat tiga mata dan kembali jadi ‘RAJA’ LaLiga.

Tapi itu hanyalah impian, realiti kehidupan yang perlu ditelan hampa Girona apabila terpaksa akur aksi di laman sendiri berdepan Real Sociedad hanya berkesudahan seri tanpa jaringan.

“TAKDE GOL! MESTI HAMBAR ‘GAME’ NI.” Siapa kata bosan? Aksi 90 minit cukup mendebarkan berjaya terhasil dengan kem Girona miliki beberapa peluang cantik yang terus dinafikan kecekapan penjaga gol Sociedad, Alex Remiro, yang beraksi lagak ‘stuntman’ filem Mission Impossible, melayang ke kiri dan ke kanan gawang demi memastikan tiada gol berjaya dibolosi lawan.

Kem Sociedad juga tidak kurang hebatnya, ada sahaja peluang dicipta skuad kendalian Imanol Alguacil itu tapi sayang kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat untuk aksi berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Satu mata okay juga daripada tiada apa! Kuncinya kena terus bersyukur dan bangkit semula!