Sambil mengkritik pengurusan Joan Laporta, Ronald Koeman mendakwa Barcelona terperangkap dalam sejarah mereka sendiri sedangkan bola sepak di atas padang berkembang di luar identiti mereka.

Bekas pengurus Barcelona itu mendakwa Laporta memberi tekanan yang tidak perlu kepadanya sebelum dipecat pada Oktober tahun lalu.

Xavi kemudian mengambil alih jawatan pengurus dari Belanda berusia 59 tahun itu ketika kelab yang dibelenggu masalah kewangan berkenaan kembali memberi tumpuan kepada peringkat akar umbi -- baik di dalam mahupun luar padang sebagai sebahagian tugas kedua Laporta sebagai presiden kelab.

Dalam temu bual dengan Esport3, Koeman mencadangkan sentimen sedemikian akhirnya tidak praktikal dan tanpa mengikuti evolusi bola sepak sambil mempertahankan pilihan taktikal yang diterapkannya ke atas The Blaugrana.

“Saya cenderung untuk mendominasi permainan,” katanya.

"Jika anda bermain dengan tiga pertahanan tengah, anda tidak boleh mengatakan bahawa ia adalah satu sistem bertahan. Dengan sistem ini selama tiga atau empat bulan, kami mempamerkan permainan terbaik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.




"Contoh paling jelas ialah perlawanan akhir (Copa del Rey 2021) menentang Athletic. Barcelona masih terperangkap dengan masa lalu apabila menggunakan formasi 4-3-3 dan Tiki-taka. Bola sepak telah berubah. Permainan sekarang lebih pantas, lebih fizikal.

"Anda tidak boleh hidup pada masa lalu. Jika anda mempunyai Xavi, Iniesta dan Messi, itu sebaliknya. Mereka merampasnya daripada saya. Ini adalah sesuatu yang sangat sukar untuk diterima."

Koeman juga membayangkan beban di bahunya bagaikan terlerai sebaik dipecat, lebih-lebih lagi memutuskan untuk meninggalkan pasukan kebangsaan Belanda demi mengambil alih Barcelona yang sedang melalui tempoh pergolakan kewangan dan politik.

Laporta dipilih sebagai presiden Barcelona tiga bulan selepas Koeman menggantikan Quique Setien pada 2020.

Dia bersedia untuk mengambil alih skuad Oranje daripada Louis van Gaal selepas Piala Dunia tahun ini, Koeman menegaskan kehidupannya menjadi kurang rumit sejak meninggalkan Nou Camp tetapi sama sekali tidak menyesali kepulangannya ke kelab yang pernah dia memenangi Liga Juara-Juara bersama-sama.

"Saya lebih bebas selepas keluar (daripada Barca)," katanya.

“Ia adalah tempoh yang sukar buat kelab, tanpa presiden termasuk keraguan Laporta terhadap jurulatih.

"Anda mahu melatih tetapi jika tidak menang, anda tahu anda akan berdepan masalah. Saya berusaha, saya sanggup meninggalkan pasukan kebangsaan dan jika ia berlaku lagi, saya tetap akan melakukannya lagi. Saya tidak menyesalinya.

"Sebagai presiden, anda sentiasa boleh mempunyai keraguan tetapi jika anda menyatakannya kepada umum, semua orang mula meragui saya. Itulah kesilapan besar di pihaknya."