Pemenang lapan kali Anugerah Ballon d'Or, Lionel Messi, tidak disenarai pendek untuk dicalonkan dalam edisi tahun ini.

Turut tidak tersenarai, seorang lagi pemain legenda dan pemenang lima kali, Cristiano Ronaldo

Dalam pada itu, Lamine Yamal, Rodri dan enam pemain kebangsaan England, pula berada dalam senarai 30 calon berkenaan.

Messi membantu Argentina memecahkan rekod dengan kejuaraan ke-16 Copa America tahun ini walaupun dia hanya menjaringkan satu gol dalam kejohanan itu dan terpaksa dikeluarkan gara-gara kecederaan ketika menewaskan Colombia 1-0 dalam aksi final.

Dia juga dibelenggu kecederaan dalam saingan peringkat kelab sepanjang tahun ini, di mana dia hanya dapat melakukan 12 penampilan dalam Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) dan menjaringkan 12 gol.

Ketiadaan namanya bersama Ronaldo menyaksikan ia akan menjadi edisi pertama Ballon d'Or tanpa kedua-dua seteru berkenaan berkenaan sejak 2003.

Berikut merupakan senarai calon Anugerah Ballon d'Or tahun ini: