Hari pertama Kejohanan Badminton Remaja Allianz Grand Final 2024 menyaksikan wakil perseorangan perempuan Kuala Lumpur kategori B-15, Teoh Sue Mei, langkah kanan selepas mengatasi wakil Selangor, Kiera Wong, dengan straight set.
Set pertama berlangsung menarik apabila Sue Mei diberi tentangan sengit oleh lawannya sebelum menang 22-20 di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.
Bersambung set kedua, Sue Mei tidak berdepan masalah apabila tenang menguasai gelanggang bagi menutup aksi 21-11.
"Pada awalnya saya tidak dapat beraksi dengan baik, pihak lawan terlalu handal.
"Saya tidak mampu berbuat apa-apa, baik ketika serangan dan bertahan.
"Saya perlu tingkatkan lagi banyak aspek dalam persembahan," katanya.
Sementara itu, kategori lelaki B-13 menyaksikan wakil Negeri Sembilan, Muhammad Darwisy Al-Qhardawi Syaharin, mencipta kejutan apabila memenangi dua perlawanan pertama peringkat kumpulan.
Selepas menewaskan Yeoh Han So dalam aksi di sebelah pagi, pelajar Sekolah Menengah Agama Datuk Kelana Petra Maamor, Seremban, itu meneruskan ketekalannya dengan mengatasi perseorangan Kelantan, Nik Al Amin Azaem Fauzi, dengan straight set.
Darwisy Al-Qardhawi turut meletakkan sasaran untuk mara ke pentas final dalam penampilan terakhirnya bagi kategori itu.
"Saya tidak menduga kerana anggap peluang adalah 50-50.
"Semestinya saya mahu menjadi juara. Saya kena kerja keras lagi.
"Untuk melepasi peringkat kumpulan pun belum tentu," katanya pula.
Shaiful Shamsudin
Thu Nov 21 2024
Badminton Remaja Allianz Grand Final: Teoh Sue Mei, Darwisy Al-Qardhawi mulakan misi buru gelaran
Hari pertama Kejohanan Badminton Remaja Allianz Grand Final 2024 menyaksikan wakil perseorangan perempuan Kuala Lumpur kategori B-15, Teoh Sue Mei, langkah kanan selepas mengatasi wakil Selangor, Kiera Wong, dengan straight set.
Masters China: Pearly-Thinaah jamin slot ke suku akhir
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, melangkah ke suku akhir Masters China selepas mengatasi Arisa Igarashi-Ayako Sakuramoto di Shenzen, sebentar tadi.
Masters China: Aaron Chia-Wooi Yik atur pertemuan getir dengan He Ji Ting-Ren Xiang Yu
Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, hanya memerlukan 36 minit untuk menjamin tiket ke suku akhir kejohanan bertaraf super 750, Masters China, di Shenzhen sebentar tadi.
Masters China: Sze Fei-Nur Izzuddin tepati ramalan ke suku akhir
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menepati ramalan layak ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters China apabila menumbangkan wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin, di Shenzen sebentar tadi.
Masters China: Pang Ron-Su Yin cipta kejutan terbesar tumbangkan pilihan kedua tuan rumah
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, mencipta kejutan terbesar dalam Kejohanan Badminton Masters China apabila menumbangkan beregu pilihan kedua tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, di Shenzen sebentar tadi.
Masters China: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pamer kebangkitan untuk ke suku akhir
Gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, sekali lagi berdepan halangan sukar sebelum mengesahkan tempat di suku akhir Masters China di Shenzhen, sebentar tadi.
Masters China: Takuma Obayashi akhiri perjuangan Leong Jun Hao
Perjuangan perseorangan lelaki negara dalam Masters China terhenti seawal pusingan pertama berikutan wakil terakhir, Leong Jun Hao, tumbang kepada pemain Jepun, Takuma Obayashi, dengan straight set sebentar tadi.
Masters China: Pearly-Thinaah atasi beregu tuan rumah
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke pusingan kedua kejohanan Badminton Masters China, apabila menewaskan gandingan bukan pilihan tuan rumah, Ding Ke Yun-Wang Yi Duo, di Shenzen, China sebentar tadi.
Lee Zii Jia akui belum cukup pantas, Lakhsya Sen puas hati balas dendam
Perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, mengakui masih tercari-cari rentak sebenarnya selepas langkahnya dinafikan seawal pusingan pertama Masters China di Shenzhen, sebentar tadi.
Masters China: Lakshya Sen kecewakan Zii Jia dalam pusingan pembukaan
Lee Zii Jia terkandas dalam pusingan pembukaan China Masters apabila bergelut untuk mempamerkan prestasi meyakinkan menunju Pusingan Akhir Jelajah Dunia (BWF) bulan depan.
Taylor proud of 'gritty' Man City display in Hammarby victory
Taylor proud of Man City display
Sinner inspires comeback to help Italy reach Davis Cup semi-finals
Sinner inspires Davis Cup comeback
Hurtig the hero after late goal sends Arsenal into Champions League quarters
Hurtig strike sends Arsenal through
Gatland 'still the best coach in the world', says Wales assistant Howley
Howley: Gatland right for Wales
Norris believes he has 'what it takes’ for future world title after Verstappen battle
Norris confident of future title
Farrell backs 'composed' Prendergast to shine on first Ireland start
Farrell: Prendergast ready to shine
Guardiola agrees two-year contract extension with Man City
Guardiola agrees contract extension
Shaw at the double as Man City progress in Champions League
Shaw double guides Man City through
Neymar wanted to 'give up' after suffering ACL injury
Neymar: I wanted to give up
Hamilton 'still loves' Mercedes and will give everything in final races
Hamilton 'still loves' Mercedes