Saingan pusingan ketujuh B-15 Kejohanan Badminton Remaja Allianz tampak menjurus kepada Kua Ming Ze yang bangkit mengatasi Albee Loh biarpun tewas set pertama 17-21.

Ming Ze bangkit dalam dua set apabila cemerlang untuk mengukir kemenangan 21-16, 21-16 di Kluang, Johor, Ahad lalu.

Dalam saingan remaja perempuan B-15 pula, Low Zi Yu, tiada masalah untuk menundukkan pesaingnya, Chew Siew Siew.

Dia diberi laluan selesa menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-12.


Dalam masa sama, dalam saingan beregu lelaki B-15 pula, Albee Loh, yang kecewa dalam saingan perseorangan mengubati kekecewaannya di samping gandingannya, Iqbal Yusuf.

Mereka mengatasi Alfred Phua-Goh Wei Zhan 21-19, 21-17.

Sementara itu, Hasyni Devi-Navina Nagarajan, mendominasi kategori beregu perempuan B-15 apabila mengatasi Chen Siew Siew-Nur Syasya Safrina Khairul Anuar 21-12, 21-13.