Skuad Wanita Sabah mencipta sejarah apabila menjadi pasukan wanita pertama negara melepasi pusingan kelayakan untuk mara ke pringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Wanita Asia (AWCL) selepas menewaskan PSF Nasaf, sebentar tadi.

Skuad kendalian Justin Ganai terlebih dahulu mengambil peluang untuk membuka tirai jaringan hasil rembatan kaki kanan penyerang import Myanmar, Win Theingi Tun pada minit ke-32.

Seminit sebelum rehat, pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat tuan rumah setelah Henrietta dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh penjaga gol Nasaf, Gulomova.

Walau bagaimanapun, tendangan Eri Narita diselamatkan oleh Gulomova sebelum percubaan susulan daripada Win Theingi Tun meletakkan Sabah mendahului 2-0 sebelum rehat.

Lapan minit sebelum tamat permainan, usaha pasukan lawan membuahkan hasil apabila berjaya menyumbat gol hasil tandukan Ngonja yang menewaskan Azurin Mazlan buat kali pertama.