Lima pelumba negara berjaya melakar podium dalam lima kategori yang disertai dalam saingan pusingan kelima Pusingan 1 Perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024, di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Lagu Negaraku berkumandang dalam kategori SS600 sekali gus menggamatkan Litar Antarabangsa Sepang dengan menyaksikan kejayaan pelumba Idemitsu Boon Siew Honda Racing Team, Helmi Azman, menamatkan perlumbaan pertama di podium tertinggi pusingan kelima ARRC 2024, hari ini.
"Tamatkan perlumbaan di laman sendiri dengan kehadiran penyokong memang saya berasa sebak tetapi tetap bangga untuk membawa bendera Malaysia. Terima kasih kepada semua penyokong dan penaja." kata Helmi Azman.
Walaupun layak menerusi tiket wildcard tidak menghalang Shahrol Syazras Shahrol Yuzy untuk mencipta sensasi apabila mengejutkan beberapa pelumba pilihan kejuaraan dalam kategori UB150, termasuk pendahulu Md Akid Aziz dengan kejayaan meraih podium biarpun masih berdepan kecederaan.
"Pertama kali saya bersyukur hari ini, walaupun semalam saya hampir berputus asa dengan dua kemalangan. Malah ada kecederaan pada tangan saya. Saya sudah fikir saya tiada harapan hari ini tetapi saya ambil perkara itu sebagai motivasi. Selepas hujan akan ada pelangi.
"Perlumbaan tadi sangat sengit, saya ingat pesanan ayah saya agar fokus dan menikmati perlumbaan," kata Shahrol Syazras Shahrol Yuzy.
Sementara, pelumba negara kategori Asia One Make Championship, Mohd Ramdan Rosli, menyifatkan punca kegagalan mendapat podium pertama disebabkan terdapat masalah untuk menemui kelajuan maksimum pada jenteranya.
"Jika ikut kedudukan saya berada di tempat kedua, saya mahu rebut kejuaraan tahun ini walaupun mata agak rendah. Saya tetap yakin peluang masih ada, takkan berputus asa. Jadi tiada yang mustahil dalam satu lagi pusingan untuk beri saingan kepada pelumba lain," kata Mohd Ramdan Rosli.
Dalam pada itu, kategori Asia Production pula menyaksikan Muhammad Syarifuddin Azman atau lebih dikenali dengan julukan 'Damok' menepati janji apabila berjaya menduduki podium ketiga, biarpun masih bergelut dengan demam Influenza hingga menyebabkan dia banyak berehat sebelum ini.
"Dalam perlumbaan tadi, pelumba lain tidak berikan sepenuhnya kerana mereka tahu hanya ada lima pelumba. Lap terakhir mereka cuba beri saingan tetapi tetap berhati-hati dan ketika itu saya ambil peluang untuk podium.
"Saya ada sedikit masalah dengan jentera saya dan bersyukur dapat raih podidum," kata Damok.
Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin, pula hanya mampu menamatkan saingan pada kedudukan kelima kategori ASB1000, di hadapan penyokong setia Boys Of Straits yang memberi sorakan padu kepadanya sepanjang perlumbaan berlangsung.
Bagaimanapun, seorang lagi wakil negara Azlan Shah Kamaruzaman meraih tempat kedua ASB1000, sekaligus melengkapkan petang gemilang buat Malaysia dengan melakar podium dalam setiap kategori di laman sendiri.
"Rezeki yang tidak disangka kerana saya bermula di P8, cuba memang perancangan untuk mengikuti kelompok hadapan dan pada saat akhir saya dapat mengawal tungaggan saya dan dapat podium." kata Azlan Shah Kamaruzaman.
Saufi Tahir
Sat Sep 14 2024
ARRC: Fazrul Sham yakin jenteranya kekal memacu deras di Buriram
Ahmad Fazrul Sham kekal bermotivasi tinggi dalam pencariannya untuk merebut takhta kategori underbone (UB150).
Info Tetamu Nadi Arena: Otai Masih Berbisa!
Pelumba Cardinals Factory Racing Team, Ahmad Fazrul Sham dan pelumba Idemitsu Boon Siew Honda Racing Team, Azroy Hakeem Anuar bakal membuat penampilan di Nadi Arena malam ini selepas mencipta sensasi di Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC), semalam.
ARRC: Ahmad Fazrul Sham ungguli podium pada usia 39 tahun
Umur bukanlah penghalang buat pelumba Cardinals Factory Racing Team, Ahmad Fazrul Sham, 39, untuk menduduki podium tertinggi kategori underbone (UB150) dalam perlumbaan kedua Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
ARRC: Hafizh Syahrin sambar podium di Litar Antarabangsa Sepang
Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, meraih podium selepas menamatkan Perlumbaan 2 Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di tempat ketiga di Litar Antarabangsa Sepang, sebentar tadi.
ARRC: Status Teo Yew Joe sebagai pemilik-pelumba pasukan unik, mencabar
Pelumba Savitar ESG Team Asia, Teo Yew Joe, berasakan statusnya sebagai pemilik serta pelumba dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) merupakan sesuatu yang unik tetapi mencabar.
ARRC: Helmi Azman ungguli 600cc, Azlan Shah sambar podium di Litar Sepang
Lima pelumba negara berjaya melakar podium dalam lima kategori yang disertai dalam saingan pusingan kelima Perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024, di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
ARRC: Akid Aziz mahu ulangi pencapaian podium di Litar Sepang
Pendahulu kategori kategori Underbone 150, Md Akid Aziz, optimis mampu mengulangi pencapaiannya di Litar Mandalika untuk meraih podium dalam Perlumbaan Kejuaraan Motosikal (ARRC), di Litar Antarabangsa Sepang, esok.
ARRC: Hafizh Syahrin sasar podium, mahu manfaat kelebihan di Sepang
Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, meletakkan sasaran podium menjelang pelumbaan pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.
ARRC: Dua penunggang negara turun dengan misi berbeza
Pelumba negara kategori supersport 600, Helmi Azman dan Azroy Hakeem, memiliki misi berbeza menjelang Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Sepang pada 13 hingga 15 September ini.
ARRC: Zaqhwan Zaidi, Helmi Azman sasar podium di Litar Sepang
Pelumba Honda Asia-Dream Racing with Astemo, Zaqhwan Zaidi, mahu menjadikan pengalamannya sejak usia kecil berlatih di laman sendiri sebagai tonik tambahan untuk meraih podium di pusingan kelima Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) di Litar Sepang, Jumaat ini.
Postecoglou warns 'no easy or quick fix' for Spurs after Coventry scare
'No easy or quick fix for Spurs'
Inzaghi content with Man City draw but laments Inter misses
Inzaghi content with Etihad draw
'I love my team' – Guardiola proud of Man City despite Inter blank
Guardiola proud of Man City efforts
Arteta confirms Arsenal captain Odegaard out 'for a while' with ankle injury
Arteta: Odegaard out for a while
Man City 0-0 Inter: Guardiola's men frustrated in repeat of 2023 final
Report: Man City 0-0 Inter
Club Brugge 0-3 Borussia Dortmund: Gittens nets twice as last season's finalists open with win
Report: Club Brugge 0-3 Dortmund
Paris Saint-Germain 1-0 Girona: Gazzaniga's late error spoils visitors' Champions League bow
Report: PSG 1-0 Girona
Coventry City 1-2 Tottenham: Late Spurs turnaround breaks Sky Blues' hearts
Report: Coventry 1-2 Tottenham
Celtic 5-1 Slovan Bratislava: Engels stars as Rodgers' men make dominant start
Report: Celtic 5-1 Bratislava
Afghanistan claim South Africa scalp as Farooqi and Ghazanfar share seven wickets
Afghanistan claim Proteas scalp