Berbaki tiga hari sahaja lagi menjelang perlawanan pertama Juara Liga Wanita Nasional (LWN) musim lalu, Sabah, menentang Nepal APF dalam saingan play-off Liga Juara-juara Wanita AFC (ACL), yang akan berlangsung di Stadium Likas, 28 Ogos ini.

Ini merupakan kali pertama pertandingan itu ditubuhkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan pasukan wanita itu menjadi wakil tunggal negara pertama membawa cabaran tersebut ke pentas Asia.



"Kami tidak memandang rendah kedua-dua pasukan lawan kerana ini merupakan kali pertama menyertainya tatkala tidak mengetahui kekuatan sebenar mereka sambil menginginkan kami mara ke pusingan seterusnya.

"Kami menuntu semua mempamerkan komitmen terbaik dan mengajak semua peminat hadir ke stadium memberikan sokongan penuh kepada skuad bola sepak wanita," kata pengurus pasukan, Afizy Loy.