Juara Liga Wanita Nasional (LWN) musim lalu, Sabah akan menempuh halangan play-off Liga Juara-juara Wanita AFC (ACL) yang akan berlangsung di Stadium Likas, 25 hingga 31 Ogos.

Ini merupakan kali pertama pertandingan itu ditubuhkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan pasukan wanita itu menjadi wakil tunggal negara pertama membawa cabaran tersebut ke pentas Asia.

Antara langkah menghadapi kejohanan berprestij itu, skuad Sang Badak telah mengikat dua pemain import dari Jepun, Eri Narita dan Misaki Nakayama, bagi memperkuat jentera tengah selain ketibaan Win Theingi Tun, penjaring terbanyak Liga Wanita Myanmar bagi merobek jaringan pasukan lawan.



Tambahan pula, Negeri di Bawah Bayu itu turut menandatangani dua pemain kebangsaan secara pinjaman daripada Kelana United, Intan Serah dan Steffi Sarge Kaur demi menagih pengalaman luas dalam pentas antarabangsa.

Sabah akan memulakan kempen ACL menentang Nepal APF dan pasukan Nasaf dari Uzbekistan.