Neymar menjaringkan gol pertamanya sejak berpindah ke Arab Saudi awal pagi tadi ketika Al-Hilal menewaskan wakil Iran, Nassaji Mazandaran 3-0 di Stadium Azadi Tehran dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia.

Pemain Brazil itu, yang berpindah ke pasukan Liga Pro Saudi dari Paris St Germain pada musim panas dengan bayaran EURO90 juta (ASD94.23 juta), menemui sasaran dalam pertembungan penuh insiden yang menyaksikan kedua-dua pasukan berkurangan kepada 10 pemain dengan masa berbaki tujuh minit pada separuh masa pertama.

Aleksandar Mitrovic menanduk masuk pasukan Arab Saudi di hadapan pada minit ke-18 sebelum pengadil, Ma Ning mengeluarkan pemain Al-Hilal, Salman Al Faraj dan Amir Houshmand dari Nassaji selepas berunding dengan pemantau padang berikutan pergaduhan di atas padang.

Neymar menggandakan kelehian Al-Hilal dengan rembatan kaki kiri pada minit ke-58 dan pemain gantian, Saleh Al-Shehri memastikan kemenangan selesa pada masa kecederaan.