Lee Carsley mengakhiri tempoh pengendali sementara England dengan kemenangan besar 5-0 ke atas Republik Ireland di Stadium Wembley untuk mengesahkan tempat ke Liga Negara-Negara UEFA (UNL), awal pagi tadi.

Jaringan daripada Harry Kane, Anthony Gordon, Conor Gallgher, Jarrod Bowen dan Taylor Harwood-Bellis sudah cukup melengkapkan penutup yang gemilang The Three Lions dalam kempen tahun ini.

Sejurus peletakan jawatan Gareth Southgate, Carsley mengambil alih kekosongan tersebut sebagai interim yang mengemudi lima kemenangan dalam enam perlawanan sebelum diteruskan oleh jurulatih baru, Thomas Tuchel.

"Kemenangan yang sangat penting untuk kami. Kami bercakap mengenai peluang pemain baru menonjolkan persembahan memukai di sini.


"Dia (Thomas Tuchel) bakal mempunyai pelbagai lapisan pemain untuk dipilih. Ramai pemain muda mempamerkan kesungguhan di samping pemain senior yang berpengalaman juga turut menjadi pilihan.

"Terima kasih kepada Carsley kerana membimbing kami sehingga memasuki UNL," kata Harry Kane kepada media antarabangsa.