Tottenham akan melayani kunjungan Manchester United dalam perebutan tempat ke separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) pada 17 Disember depan.

Dalam pada itu, Arsenal pula akan menantikan tandangan seteru London, Crystal Palace, di Stadium Emirates manakala Newcastle United pula akan menantikan cabaran Brentford di St James Park pada tarikh sama.

Satu lagi pasukan pilihan, Liverpool, pula diundi untuk bertemu Southampton di laman lawan itu bagi penentuan kelompok empat terbaik.