Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.
Segelintir penyokong tempatan berpendapat bahawa isu kewangan yang membelenggu kelab tersebut menjadi faktor utama bekas pengendali Terengganu itu mengangkat kaki daripada pasukan berkenaan.
Berkongsi menerusi Instagram, Nafuzi mengucapkan terima kasih kepada Kedah atas perjalanan bersama kelab itu.
"Berat untuk membuat keputusan namun saya memilih untuk tidak lagi bersama Kedah Darul Aman FC. Perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC tempoh hari menjadi perlawanan terakhir saya selaku ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC. Sudah tentu setiap keputusan yang dibuat akan memberi impak namun saya percaya akan ada pelangi selepas hujan dan pasukan akan terus melakar kejayaan selepas ini.
"Perjalanan yang sangat indah bersama keluarga KDA FC. Segala suka dan duka ditempuhi bersama demi memberi kejayaan kepada seluruh penyokong hijau kuning. Segala kenangan di sini sememangnya sukar untuk saya lupakan. Kelab ini sangat luar biasa.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar kerana memberi peluang melaksanakan tugas memacu kelab yang penuh bersejarah ini.
"Kepada pemain, saya sangat berbangga dengan komitmen latihan di dalam padang sehingga ke perlawanan. Kerjasama yang ditunjukkan di setiap perlawanan sangat membanggakan. Tidak putus asa sehingga ke wisel penamat. Berjuanglah sejiwa murni dalam perlawanan akan datang.
"Terima kasih juga kepada semua pegawai yang sentiasa memberi komitmen sangat tinggi buat pasukan di belakang tabir dan juga di padang latihan. Semua sudah saya anggap seperti keluarga saya sendiri."
"Buat penyokong yang sentiasa menyokong pasukan KDA FC ketika jatuh dan bangun. Tiada ayat dapat diungkapkan mengenai semangat penyokong. Terima kasih kerana sentiasa menyokong. Anda adalah antara penyokong yang hebat demi mempertahankan legasi Kedah Darul Aman. Teruskan berada di belakang pasukan.
"Akhir sekali, semoga pasukan Kedah Darul Aman FC menjadi kelab yang berjaya suatu hari nanti. Kedah tetap berada dalam hati saya selama-lamanya. Terima kasih semua! Pulun Kedah Pulun!"
Ammar Hakim
Mon Nov 25 2024
Corak permainan saya agresif -- Jurulatih baru Selangor
Katsuhito Kinoshi menjelaskan falsafah serta corak permainannya yang akan diterapkan selepas mengisi 'kerusi panas' selaku jurulatih Selangor.
Unifi Piala Malaysia: Negeri Sembilan terpaksa akur tewas di tangan PDRM
Ketua jurulatih PDRM, P.Maniam, memuji semangat juang serta kesungguhan yang dipamerkan barisan pemainnya apabila berjaya bangkit mengatasi Negeri Sembilan dalam aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia semalam.
Unifi Piala Malaysia: Kehadiran Kinoshi mampu tamat dominasi JDT -- Zakaria Rahim
Bekas pengurus Selangor, Zakaria Rahim, percaya skuad Gergasi Merah mampu menamatkan dominasi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen Piala Malaysia menerusi kehadiran jurulatih baru Katsuhito Kinoshi.
Terima kasih Kedah -- Nafuzi Zain
Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.
Terima kasih, Selamat maju jaya Datuk Ong Kim Swee
Sabah ingin memaklumkan bahawa pihak pengurusan telah menerima permohonan daripada Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, untuk tidak menyambung kontraknya bersama kelab yang akan berakhir pada 30 November 2024 ini.
Kisah Disebalik Bola -- Suara Kemenangan
Semangat merentasi penglihatan -- bola sepak lebih daripada apa yang disaksikan, dirasa, didengar dan dikongsi menerusi setiap detik. Semangat Iwan buat Perak membuktikan cinta terhadap bola tiada batasnya.
Perjuangan Zaquan inspirasi Aliff Najmi
Semangat melawan kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) yang menimpa bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak, sepanjang kariernya jadi inspirasi buat pertahanan PDRM, Aliff Najmi Shaaini.
Unifi Piala Malaysia: Kedah Darul Aman raikan penyokong wanita
Kelab Kedah Darul Aman mengalu-alukan kehadiran wanita dan kanak-kanak perempuan di Stadium Darul Aman, Jumaat ini, dengan kemasukan percuma.
Liga Super: Saya dapat tawaran lain di Jepun, tapi pilih pulang Malaysia -- Hadi Fayyadh
Pemain PDRM, Hadi Fayadh, berkongsikan kisah mengenai apa yang mendorongnya untuk kembali ke Malaysia selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di Jepun.
Dulu benci nama Pablo Dollah, sekarang jadi jenama produk kopi
Kalau dulu cukup tidak senang dengan gelaran 'Pablo Dollah' tapi semoga usaha kali ini membawa cerita untung.
Howe bemoans 'strange decisions' from Newcastle in West Ham defeat
Howe bemoans strange decisions
Tottenham goalkeeper Vicario sidelined with broken ankle
Vicario sidelined with ankle break
Bowen: Victory at Newcastle 'a really big turning point' for West Ham
Bowen: Win is a turning point
West Indies on the brink of series win over Bangladesh
West Indies on brink of series win
Fonseca urges focus as Milan face bottom-placed Bratislava
Fonseca urges Milan to stay focused
Newcastle United 0-2 West Ham: Soucek and Wan-Bissaka relieve pressure on Lopetegui
Report: Newcastle 0-2 West Ham
Simeone: New Champions League format more difficult
Simeone: CL format now tougher
USWNT goalkeeper Naeher to retire from international football
Naeher to end USWNT career
Luis Enrique calls for PSG to show resolve in Bayern clash
Luis Enrique calls for PSG resolve
Aguero: 'Not wise' to rule Man City out of title race yet
Aguero: City not out of title race