Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan tarikh perlawanan Liga Super, Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang ditunda sebelum ini akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada jam 5 petang, 10 November.

Sebagai rekod, perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 5 Oktober lalu ditangguhkan komisioner perlawanan berikutan keadaan padang di Stadium Perak, Ipoh yang tidak sesuai digunakan akibat hujan lebat sebelum sepak mula jam 8.15 malam.

“Penetapan tarikh baharu perlawanan itu juga menyebabkan tarikh pusingan 16 Piala Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 8 dan 10 November dan 22 dan 24 November ditukar ke tarikh lain.

“Jadual Pusingan 16 Piala Malaysia ini diubah kerana perlu menunggu aksi tertunda antara Perak FC menentang JDT ini yang akan berlangsung pada 10 November bagi melengkapkan kedudukan Liga Super bagi menjalankan undian Piala Malaysia,” kata pengendali liga tersebut pada Jumaat.

Kredit--Sinar Harian