Malaysia terikat 1-1 dengan Laos dalam aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium PAT, Bangkok, Thailand.

Cuaca hujan lebat membasahi permukaan padang sehingga menjejaskan corak permainan skuad negara.

Dalam kesukaran tersebut, Paulo Josue berjaya menguji kemampuan penjaga gol Laos yang memaksa ditepis keluar.

Sepakan sudut yang diberikan kepada Malaysia ternyata membuka jaringan apabila Harith Haiqal Adam Afkar menanduk masuk hantaran Nooa Laine pada minit kelima.

Dalam usaha Malaysia untuk menambah jaringan, setiap gerakan sentiasa dijejaskan dengan permukaan padangan yang basah.

Dan hanya satu kesilapan benteng akhir pasukan menyaksikan Laos berjaya mengikat kedudukan dengan gol yang disempurnakan oleh Kydavone Souvanny pada minit ke-33.

Malaysia terus mengasak bagi mendapatkan gol namun Josue sekali lagi memperoleh peluang namun ia gagal disempurnakan.

Laos turut makin meningkatkan rentak permainan dalam usaha untuk menambah jaringan namun kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-1