SEPANYOL 2 PERANCIS 1

Juara Euro 2012, Sepanyol, bermula garang apabila melaksanakan kebangkitan dalam masa lima minit untuk berada di hadapan sebelum menuju ke bilik persalinan pada separuh masa di Allianz Arena, Munich, ketika ini.


Seawal minit kesembilan permainan, penyerang Paris Saint Germain (PSG), Kolo Muani, terlebih dahulu memberikan gol pendahuluan buat Perancis menerusi hantaran daripada pemain terbaru Real Madrid, Kyllian Mbappe.


Tersentak dengan itu, pemain muda sensasi La Roja, Lamine Yamal, menggegar atmosfera stadium tersebut melalui lencongan kaki kirinya yang menewaskan penjaga gol, Mike Maignan, untuk mengimbangi cabaran daripada Perancis.


Kegembiraan tersebut diteruskan oleh pemain dari RB Leipzig, Dani Olmo, yang menggandakan kelebihan buat anak-anak buah Luis de la Fuente berselang lima minit kemudian untuk meletakkan Sepanyol selesa di depan sebelum wisel penamat dibunyikan.