Umum mengetahui bahawa Jepun sememangnya penuh dengan budi pekerti dan adab yang tinggi serta mempunyai penduduk yang sangat ramah.

Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, skuad Samurai Biru itu menghormati nyanyian Lagu Nasional Indonesia sewaktu tamat perlawanan Kumpulan C pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Sejurus permainan tamat, ketua pasukan Sang Garuda, Jay Noah Idzes, meminta pegawai pasukan Matahari Terbit itu untuk menghentikan seketika larian penyejuk badan itu bagi memberi ruang pemain Indonesia menyanyikan lagu Tanah Airku bersama semua penyokong mereka.

Situasi tersebut mendapat perhatian warga maya tatkala Jepun membuat keputusan untuk menghentikan sesi itu demi menghormati lagu berkenaan dan segera meninggalkan padang memasuki bilik persalinan.


@nct9percent ketika bang jay akhirnya ngasi tau ke official team jepang kalo pemain timnas kita punya tradisi buat nyanyi tanah airku.. karena team japan yang ngga diturunkan di laga hari ini mau cooling down, with polite and good communication dari bang jay dan pengertian dari team japan, akhirnya mereka minggir dulu.. our best captain? #jayidzes #timnasday #tanahairku #timnasgaruda ♬ original sound - nct9percent


Dalam masa sama, peminat Jepun yang hadir ke venue itu turut terpegun melihat suasana berkenaan sambil merakam detik berharga itu di Jakarta.

Pemain Indonesia mengelilingi bulatan tengah padang dan nyanyi bersama-sama sebagai simbolik meraikan kedatangan penyokong yang datang menyaksikan perlawanan itu.

@aldiro1803 Ekspresi suporter Jepang liat suporter Indonesia!! Mereka takjub dan terkesima dengan nyanyian Tanah Airku, keren!!! #suporter #tanahairku #indonesia #japan #nippon #japansupporter #gbk #senayan #jakarta #ultras #worldcup #pialadunia #chats #jepang #penyanyi #sty ♬ suara asli - Aldi1888 - Aldiro1803



Jepun melakar kemenangan 4-0 menewaskan skuad kendalian Shin Tae-yong dan kekal di pendahulu kumpulan.