Andrea Pirlo tidak boleh membiarkan kekecewaan kekalahan kejutan Juventus kepada Benevento terlalu lama, kata ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini.

Pengendali baru Juve itu melihat pasukannya mempersiakan peluang untuk mengurangkan kelebihan Inter di puncak Serie A kepada tujuh mata, dengan Adolfo Gaich mencatat kemenangan 1-0 untuk pasukan Filippo Inzaghi.

Pertanyaan mengenai kepemimpinan Pirlo mula dipersoalkan, kerana prospek Scudetto ke-10 berturut-turut semakin jauh untuk digapai.

Ia memerlukan prestasi yang kurang cemerlang daripada Inter sementara Juventus perlu mula mendapatkan kemenangan untuk mengejar Nerazzurri. Namun kedua-dua perkara itu kelihatan tidak akan berlaku.

Mancini memahami tekanan dihadapi Pirlo dan menasihatkan supaya memikir secara positif bagi mengendalikan kesukaran ini.

"Ini adalah saat yang sukar baginya, tetapi ini adalah kehidupan semua jurulatih," katanya.


"Kekecewaan itu harus tidak berpanjangan, maka anda harus berfikir positif dan mengetahui bahawa ini boleh terjadi dalam bola sepak.

"Dia masih muda dan dia telah memulakan [kerjaya pengurusannya] di sebuah kelab besar. Dia mempunyai sedikit kesukaran tetapi dia telah memulakan perjalanannya."

Mancini bercakap menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia Itali, yang bakal bermula dengan bertemu Ireland Utara sebelum berkunjung ke Bulgaria dan Lithuania dalam Kumpulan C.