NEWCASTLE UNITED 2 CHELSEA 0

Newcastle United mara ke suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) apabila menumbangkan Chelsea 2-0 di St James Park awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Eddie Howe itu memperoleh dua jaringan pantas dalam tempoh tiga minit babak pertama menerusi jaringan Alexander Isak dan gol sendiri Axel Disasi, yang sudah cukup untuk mereka menyingkirkan pasukan pilihan, Chelsea.

Lebih manis buat Newcastle apabila kemenangan itu hadir hanya berselang tiga hari selepas mereka tewas 1-2 di tangan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Newcastle memecahkan kebutuan pada minit ke-23 apabila umpanan Sandro Tonali mudah ditolak masuk Isak melepasi Filip Jorgensen.

Isak sekali lagi memainkan peranan penting berselang tiga minit, kali ini menerusi sepakan percumanya yang menemui Joe Willock Disasi terjaring ke gawang sendiri.

Ia merupakan kali keempat Newcastle layak ke suku akhir Piala EFL sepanjang lima edisi terakhir.

Keputusan itu juga menyaksikan Chelsea terpaksa menelan kekalahan kedua sepanjang 11 perlawanan terakhir.