Isu pertindihan tarikh acara hoki di antara Liga Hoki Malaysia dan kempen Piala Dunia Hoki Dalam Dewan menjadi dilema buat ketua jurulatihnya, Rodhanizam Mat Radzi, dalam memberi perlepasan kepada pemain-pemainnya.
Begitupun, seramai 18 pemain yang dipanggil kini masih berada dalam kem latihan dan menjalani latihan berprogram sehingga diberi lampu hijau untuk bersama kelab mereka.
Menurut Rodhanizam, dia hanya akan melepaskan beberapa pemain utamanya untuk menjalani latihan bersama kelab dua minggu sebelum berlepas ke Austria untuk edisi jelajah Eropah dengan beberapa perlawanan persahabatan sebelum menjejaki bumi Croatia.
Namun, kelonggaran itu mencetukan kebimbangan susulan risiko kecederaan pemain memandangkan tahap intensiti latihan dan cara permainan hoki padang berbanding hoki dalam dewan adalah berbeza.
"Memang sebelum ini pada mulanya kami sudah berbincang untuk tidak melepaskan kerana risiko kecederaan, sebelum ini kita ada lepaskan pemain tetapi mengalami kecederaan dan itu yang kita tidak mahu.
"Ini susulan pemain kami tidak ramai jadi jika pemain utama mengalami kecederaan jadi ia akan memberikan masalah kepada kami juga.
"Kita terpaksa melepaskan dengan tekanan diberikan kepada pemain yang semestinya tersepit antara majikan dan kelab. Kita belum lepaskan lagi kerana keputusan belum dimuktamadkan lagi oleh presiden.
"Jika dapat persetujuan, kita akan lepaskan tetapi hanya petang sahaja untuk berlatih dengan pasukan masing-masing tetapi pagi perku berlatih dengan kita.
"Kita perlu jaga kecergasan dan perlawanan pemain kerana hoki tertutup dan terbuka berbeza, perlu jaga aspek itu." katanya hari ini.
Untuk rekod, skuad hoki lelaki negara diundi dalam Kumpulan B saingan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 yang akan berlangsung di Porec, Crotia pada 3 hingga 9 Febuari tahun depan.
Saufi Tahir
Wed Nov 27 2024
Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Skuad hoki negara meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala Remaja Asia apabila membelasah tuan rumah, Oman, 9-1 dalam aksi kedua Kumpulan B di Muscat awal pagi tadi.
Konsert: Tiada kerosakan pada permukaan Stadium Hoki Nasional -- Hannah Yeoh
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, dalam sidang parlimen hari ini menjelaskan tiada kerosakan yang berlaku pada permukaan Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, walaupun telah menjadi venue penganjuran konsert sebanyak tiga kali tahun ini.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Risiko kecederaan gusarkan Rodhanizam beri pemain pelepasan
Isu pertindihan tarikh acara hoki di antara Liga Hoki Malaysia dan kempen Piala Dunia Hoki Dalam Dewan menjadi dilema buat ketua jurulatihnya, Rodhanizam Mat Radzi, dalam memberi perlepasan kepada pemain-pemainnya.
Hoki Remaja Asia: Malaysia buka kempen dengan kemenangan selesa
Skuad hoki remaja negara memulakan kempen Kejohanan Remaja Asia 2024 dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan China 5-2 di Muscat, Oman malam tadi.
Pertindihan tarikh acara hoki: Rodhanizam mahukan situasi 'menang-menang' buat semua pihak
Ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan negara, Rodhanizam Mat Radzi, kekal dengan pendirian untuk mewujudkan situasi 'menang-menang' dalam permasalahan antara skuad negara dan majikan kepada pemain.
Tolak keutamaan skuad negara, saya 'ban' main dalam liga
'Jika tolak keutamaan skuad negara, saya 'ban' main dalam liga', tegas Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, berhubung pertindihan jadual yang berlaku melibatkan saingan Liga Hoki Nasional dan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan Februari depan.
WACT: pemain muda hoki wanita timba pengajaran terbaik di Rajgir
Skuad hoki wanita negara menimba pengajaran terbaik ketika menamatkan kempen Trofi Juara-Juara Asia Wanita (WACT) di Rajgir, India dengan menduduki tempat keempat kesuluruhan.
WACT: Skuad wanita negara tamatkan kempen selaku pasukan keempat terbaik Asia
Skuad wanita negara menamatkan kempen Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Wanita (WACT) di tempat keempat selepas tewas 1-4 kepada Jepun dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Hoki Universiti Sukan Bihar, Rajgir sebentar tadi.
WACT: Malaysian Tigress akur tewas bermaruah di tangan China
Hasrat skuad hoki wanita negara untuk lakar kejutan mara ke pentas final buat julung kalinya dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2024 tidak kesampaian selepas tewas kepada china dengan keputusan 1-3.
WACT: Malaysian Tigress tidak tertekan bawa misi gegar tembok China
Menjelang saingan separuh akhir yang akan berlangsung pada Selasa, ketua jurulatih skuad hoki senior wanita negara, Nasihin Nubli, optimis dengan kemampuan anak buahnya yang rata-ratanya terdiri daripada 10 pemain junior untuk menampilkan persembahan berkualiti.
Corberan ‘completely focused’ on West Brom amid Leicester links
Preview: Brentford v Leicester
Salah 'making noise' over Liverpool future for financial benefit, claims Bale
Bale: Salah 'noise' for money
Motta lauds 'compact' Juventus in Aston Villa stalemate
Motta pleased with point at Villa
Bellingham confident Mbappe will bounce back after Liverpool penalty miss
Bellingham backs Mbappe to respond
Watkins bemoans 'soft' decision as Villa foiled by late VAR review
Watkins: Rogers' goal decision soft
Slot in dreamland as Liverpool remain perfect with Madrid win
Slot: Liverpool ahead of prediction
Leeds move top of Championship after Luton domination
Leeds back top after Luton win
Aston Villa 0-0 Juventus: Emery's side frustrated as VAR denies Rogers late winner
Report: Aston Villa 0-0 Juventus
PSV Eindhoven 3-2 Shakhtar Donetsk: Tillman double inspires late comeback
Report: PSV 3-2 Shakhtar Donetsk
Celtic 1-1 Club Brugge: Hoops held after bizarre Carter-Vickers own-goal
Report: Celtic 1-1 Club Brugge