Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tersungkur di pusingan ke 32 mengikuti jejak Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.

Pilihan ketiga kejohanan itu memulakan permainan dengan langkah kanan yang berhasil mendahului set pertama 18-14, sebelum menutup aksi tersebut dengan kemenangan 21-19 dalam tempoh 20 minit.

Meskipun baru digandingkan, tetapi kualiti yang dimiliki Lanny Tria Mayasari-Siti Fadia Ramadhanti harus menerima pujian tinggi apabila bangkit mengatasi rintangan wakil tuan rumah dengan mengikat set kedua 21-14 menuju aksi penentuan.



Bukan hari yang diingini oleh peminat tempatan apabila gandingan di ranking keenam dunia turut tersingkir tatkala tewas kepada wakil Indonesia menerusi kekalahan rubber set 21-19, 14-21, 13-21.