Atlet bola keranjang Perancis, Diaba Konate, disingkirkan daripada skuad kebangsaan untuk beraksi di Olimpik Paris kerana penampilannya yang berhijab.

Konate berusia 23 tahun itu sebelum ini bersama beberapa pasukan di Amerika Syarikat ketika masih menuntut di Universiti Idaho bersama biasiswa penuh.

Dia kemudiannya berpindah ke UC Irvine dan menjuarai Kejohanan NCAA sebelum kembali ke negara asalnya, Perancis, selepas hampir enam tahun.

Ketika bersama pasukan remaja kebangsaan Perancis, Konate diangkat sebagai bintang pasukan termasuk ketika memenangi pingat perak dalam acara 3x3 di Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018.

Pengalaman yang disifatkan sebagai 'memori terbaik' dalam kerjayanya sejak menceburi bidang itu dan ia adalah sesuatu yang diimpikan untuk mencipta semula di Paris, namun segalanya terbantut.

Apabila berkata tentang pulang ke tanah air -- dia berasa bercampur baur kerana dilarang beraksi di tempat sendiri.

"Saya tidak percaya.

"Ia tidak sepatutnya terjadi ke atas saya. Saya fikir kami sebagai sebuah keluarga kerana pernah bermain bersama, saya juga sebahagian daripada kamu. Saya masih orang yang sama walaupun berhijab.

"Perkara ini benar-benar menghancurkan hati saya," katanya.

Dia mula memilih untuk berhijab ketika dia masih berada di AS semasa kemuncak pandemik COVID-19 melanda dunia.