Azreena Faizal
Thu May 09 2024
Nikola Jokic, pemain tengah Denver Nuggets, terus menambah pencapaiannya dengan memenangi Anugerah MVP NBA untuk kali ketiga.
NBA hari ini mengumumkan bahawa bintang Serbia itu mengatasi Shai Gilgeous-Alexander dari Oklahoma City Thunder dan Luka Doncic dari Dallas Mavericks dalam perebutan Trofi Michael Jordan.
Jokic memenangi anugerah itu dua tahun berturut-turut sebelum ini, dan dengan kemenangan terbaru itu, dia kini menjadi pemain kesembilan dalam sejarah memenangi tiga atau lebih Anugerah MVP, sekali gus sebari dengan nama-nama besar seperti Kareem Abdul-Jabbar, Michael Jordan, dan LeBron James.
Jokic memenangi perebutan MVP musim 2023-24 dengan memperoleh 79 undian tempat pertama. Gilgeous-Alexander pula mendapat 15 undian tempat pertama, Doncic empat, dan Giannis Antetokounmpo dari Milwaukee Bucks dengan satu undian.
Selain pencapaian individu, Jokic turut membawa Nuggets meraih gelaran NBA musim lalu dan menempatkan pasukannya sebagai pilihan kedua dalam Playoff Sidang Barat musim 2023-24 dengan purata 26.4 mata, 12.4 rebound, dan 9.0 bantuan.
Dia merupakan satu-satunya pemain NBA yang berada dalam kelompok 10 teratas daripada segi jaringan, rebound dan bantuan, dengan catatan 25 triple-double -- hanya kurang satu daripada rekod terbanyak dalam liga yang dipegang oleh Domantas Sabonis dari Sacramento Kings.
NBA: Jika sampai masanya, saya akan bersara -- LeBron
LeBron James menerima dia mungkin hanya memiliki maksimum dua tahun sahaja lagi sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan kariernya yang penuh gilang gemilang dalam saingan NBA.
Russell Westbrook terus tiup inspirasi buat generasi muda
Bintang baharu Denver Nuggets, Russell Westbrook, menganggap beraksi di pentas antarabangsa sebagai satu platform untuk memberi inspirasi kepada generasi muda di seluruh pelosok dunia.
Paris 2024: Stephen Curry bintangi AS ke final singkir Serbia
Amerika Syarikat (AS) melancarkan kebangkitan semula yang mendebarkan untuk mara ke perlawanan penentuan pingat emas bola keranjang Sukan Olimpik Paris 2024 berbekalkan kemenangan 95-91 ke atas Serbia dengan Stephen Curry membintangi yang menyumbangkan 36 mata.
Paris 2024: LeBron James, Steph Curry ketepi ego demi tuntutan skuad AS
Perhatian kini terletak kepada saingan Sukan Olimpik Paris, menyaksikan dua bintang NBA, LeBron James dan Stephen Curry, yang bakal bergandingan bersama dalam usaha memburu pingat emas temasya berprestij itu.
NBA Draft Day: LA Lakers pilih Bronny James
Masa sudah tiba buat Bronny James, anak kepada juara NBA empat kali, LeBron James, memulakan karier profesional.
Ikon NBA, Jerry West meninggal dunia pada usia 86 tahun
Jerry West, pemain Hall of Fame yang pernah menjadi pemain profesional, Olympian, eksekutif dan inspirasi di sebalik logo ikonik NBA, meninggal dunia ppada usia 86 tahun malam tadi.
Boston Celtics 'is in it to win it!'
3-0! Itulah kelebihan dibawa Celtics dalam kunjungan mereka ke Gainbridge Fieldhouse namun kedudukan selesa Conference Finals ini bukan jaminan untuk mereka meremehkan kemampuan Indiana Pacers yang sedia taruh segala sisa kehebatan yang mereka ada dalam menangguhkan kemaraan awal lawan!
NBA: Pemain tengah Nuggets, Nikola Jokic menang Anugerah MVP buat kali ketiga
Nikola Jokic, pemain tengah Denver Nuggets, terus menambah pencapaiannya dengan memenangi Anugerah MVP NBA untuk kali ketiga.
NBA: Warriors tanggung malu di laman Celtics
Ketinggalan 44 mata di separuh masa pertama adalah satu perkara yang sukar untuk diterima lebih lebih lagi buat penyokong Golden State Warriors yang menantikan perlawanan ulangan NBA Finals 2022 antara kedua pasukan ini.
Berjaya cipta sejarah tersendiri, suka dalam duka buat LeBron James
LeBron James menjadi pemain NBA pertama yang mencapai 40,000 mata musim biasa kerjaya dalam perlawanan Sabtu menentang Denver Nuggets.
De Jong insists confidence will improve following Netherlands return
De Jong: Confidence will come back
Brown: Fox 'did his job' with big points haul against Jazz
Brown: Fox 'did his job'
McIlroy honoured to be 'mentioned in same breath' as Ballesteros after matching Race to Dubai tally
McIlroy proud to match Ballesteros
Alcaraz: Winning Davis Cup on Nadal farewell a 'huge motivation'
Alcaraz targets Davis Cup glory
McIlroy seals sixth Race to Dubai title with DP World Tour Championship triumph
McIlroy seals Race to Dubai title
Powell salutes West Indies' commitment after ending England's winning streak
Powell hails Windies commitment
Swiatek leads Poland into Billie Jean King Cup semi-finals after 'exhausting day'
Swiatek leads Poland to BJK semis
Van Dijk hails Hungary 'strength' for playing on after coach collapse
Van Dijk hails Hungary 'strength'
Borthwick concedes 'these are painful days' after Springboks defeat
Borthwick: 'These are painful days'
Kumamoto Masters: Jun Hao outclassed by Shi Feng in final
Leong Jun Hao had to settle for a runner-up spot at the Kumamoto Masters men's singles final after he lost 10-21, 13-21 against China's Li Shi Feng on Sunday.