Perjalanan Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dalam Kejohanan Badminton Masters Jepun berakhir di tangan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam pertemuan straight set di Kumamoto, sebentar tadi.

Beregu profesional negara itu memberi tentangan sengit kepada gandingan tuan rumah tersebut pada awal permainan, namun mula keciciran selepas pertengahan set pertama sebelum tumbang 12-21.

Hoki-Kobayashi yang mendapat sentuhan jurulatih dari Malaysia, Tan Kim Her, kemudian meneruskan penguasaan mereka sebaik set kedua bermula.

Dan skrip serupa berlaku apabila Nur Azriyn -Wee Kiong melepaskan tujuh mata berturut-turut untuk memudahkan seteru mereka yang juga pilihan keenam itu menutup pertarungan 21-15.