Indonesia sekali lagi membuktikan berada di tahap terbaik selepas pasukan gergasi Asia, Australia 0-0 dalam perlawanan kedua kumpulan C pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan Australia agresif mengasak kubu pertahanan pasukan tuan rumah untuk mencari jaringan awal tetapi penjaga gol warisan Indonesia, Maarten Paes, menjadi watak penting untuk menafikan gol pembukaan untuk kedudukan terikat tanpa jaringan.




Skuad Australia menggandakan serangan dalam separuh masa kedua tetapi anak buah Shin Tae-yong bertahan dengan kemas untuk memastikan satu mata berharga menjadi milik mereka.

Satu-satunya wakil dari Asia Tenggara itu kini berada di kedudukan keempat Kumpulan C dengan dua mata selepas mencipta kejutan dalam aksi pertama dengan mengikat Arab Saudi 1-1 untuk membawa pulang satu mata berharga di Jeddah.