Skuad Harimau Malaya sempat bertemu peminat di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland untuk berlepas pulang ke tanah air selepas Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand, hari ini.

Skuad kendalian Pau Marti Vicente menerima pengajaran berguna apabila tewas 0-4 di tangan New Zealand selepas berjaya mengikat tuan rumah 0-0 pada separuh masa pertama.

Sebelum mereka berangkat pulang ke tanah air, skuad Harimau Malaya sempat bertemu peminat yang hadir memberikan sokongan beraksi di tempat lawan.