Enam wakil negara menggalas cabaran Malaysia dalam saingan World Tour Finals (WTF) 2024 di Hangzhou, China, bulan depan.

Enam jaguh berkenaan ialah Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Pearly Tan-M. Thinaah, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Kejohanan ini dijangka berlangsung dari 11 hingga 15 Disember ini dan hadiah AS$200,000 (RM892,000) bakal menjadi rebutan.