Trio itu sudah memasuki enam bulan terakhir kontrak mereka bersama Liverpool, dengan Salah khususnya menjadi menjadi perbualan hangat beberapa minggu kebelakangan ini -sebelum menyambung kontrak dua tahun bersama The Reds- mengenai masa depannya.
Pemain kelahiran Mesir itu sudah mengumpul 21 penglibatan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2024/25 -dengan 13 jaringan dan lapan bantuan jaringan- walaupun menerima kritikan 'lebih baik keluar daripada masuk' daripada bekas pemain, Jamie Carragher.
View our gallery as we set off to Girona for Tuesday night’s #UCL encounter ?
— Liverpool FC (@LFC) December 9, 2024
Malah, Alexander-Arnold dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid dan Van Dijk turut dilaporkan menolak tawaran kontrak yang diberikan The Reds kepadanya sebelum ini.
Begitupun, Sky Sports melaporkan bahawa terdapatnya perbincangan positif yang berlaku dalam kem Liverpool melibatkan ketiga-tiga tonggak utama pasukan itu.
"Mudah-mudahan Trent dan Virgil akan terus bersama kami, begitu juga Salah," katanya kepada Diario AS.
Untuk rekod, Alexander-Arnold telah mencipta 25 peluang jaringan di tempat kedua berbanding Salah yang melakukan sebanyak 26 kali dalam saingan liga musim ini.
"Kualitinya Trent sangat besar. Saya selalu mengatakan dia dikritik kerana peranannya sebagai pemain pertahanan, tetapi saya tidak ragu bahawa dalam aspek pertahanan dan serangan dia boleh membuat perubahan.
"Dia juga kuat dan pantas, yang membolehkan dia mencari keseimbangan antara menyerang dan bertahan." tambahnya.