Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Juan Muniz, mendedahkan giginya patah akibat disiku pemain Buriram United dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menjelaskan: "Juan Muniz patah gigi, disiku pemain Buriram United. Pemain terbaik final Piala FA ini tidak dapat beraksi perlawanan seterusnya akibat digantung 1 perlawanan." katanya usai aksi hangat itu




Bekas pemain remaja kebangsaan Sepanyol itu beraksi selama 75 minit sebelum digantikan dengan Heberty Fernandes.



Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan menduduki tangga keenam selepas enam perlawanan serta berkongsi lapan mata bersama Buriram United.