"Lebih berdisiplin dan fokus", seruan itu menjadi penekanan pemangku jurulatih Selangor, Abdi Hassan, merujuk kepada jaringan tunggal Jeonbuk Hyundai Motors yang menjadi gol tunggal pertemuan semalam.
Sebaik wisel permulaan di Stadium Piala Dunia Jeonju ditiupkan, tuan rumah ternyata menguasai permainan dan ia dibuktikan pada minit ke-22 menerusi jaringan milik Tiago Orobo hasil sepakan penjuru Kwon Chang-hoon.
Kekalahan itu secara tidak langsung mencalar reputasi Selangor yang memegang rekod tanpa kalah di kumpulan Liga Juara-Juara (ACL) 2 musim ini.
Bagaimanapun, Selangor masih berpeluang layak ke pusingan 16 apabila kekal di tempat kedua Kumpulan H dengan baki dua perlawanan.
Jeonbuk pula di puncak dengan perbezaan dua mata sahaja, manakala Cebu FC sudah pun tersingkir selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan.
"Malangnya kami kalah. Kami mengharungi satu perlawanan yang sukar pada malam ini, lebih-lebih lagi berdasarkan corak permainan pihak lawan dalam set pertama.
"Di tahap ini, kami perlu 100 peratus fokus. Dibolosi menerusi bola pegun yang setiap pemain lawan diawasi.
"Kami perlu lebih berdisiplin. Kami kemudian mencipta beberapa peluang menarik dalam babak pertama.
"Kami terlepas untuk mengikat permainan melalui Ronnie Fernandez.
"Apa pun, ini satu kemenangan yang berhak Jeonbok perolehi atas permainan menarik yang dipertonjolkan," katanya selepas perlawanan.
Shaiful Shamsudin
Fri Nov 08 2024
Tiket percuma aksi JDT lawan Lions City Sabtu ini
Peminat berpeluang menyaksikan aksi antarabangsa Johor Darul Ta'zim (JDT) secara percuma!
Ketiadaan Romel Morales, Darren Lok tidak jejas kem negara
Kehilangan dua tonggak utama penyerang Harimau Malaya, Romel Morales dan Darren Lok, tidak menjadi masalah buat kem negara beraksi cemerlang pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Laos, Khamis depan.
Kedah Darul Aman makin hampir hilang kapten
Desas-desus Kedah Darul Aman bakal kehilangan ketua pasukan, Sony Norde, bertiup semakin kencang.
Kuala Lumpur FA terima tajaan RM5j
Syed Yazid Syed Omar mengotakan janjinya apabila membawa masuk penaja baru untuk bersama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
Liga Super: Salam takziah Hector Bidoglio
Kemenangan besar Johor Darul Ta'zim di atas padang menentang Perak beri makna berbeza buat pengendalinya, Hector Bidoglio yang menyifatkan ia sebagai pengubat hati tatkala dirinya dirundung rasa sedih atas pemergian ibunya.
TMJ sokong Arif Aiman dibuang padang, Perak dapat penalti
Pemilik Johor Darul Ta'zim(JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berasakan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, wajar melayangkan kad merah kepada Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada susulan insiden pergaduhan ketika perlawanan tertunda Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi.
ACL2: Selangor tuntut disiplin, fokus di atas padang
"Lebih berdisiplin dan fokus", seruan itu menjadi penekanan pemangku jurulatih Selangor, Abdi Hassan, merujuk kepada jaringan tunggal Jeonbuk Hyundai Motors yang menjadi gol tunggal pertemuan semalam.
Sabah FC bukan untuk dijual
Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menafikan mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak yang mendakwa menerima tawaran penjualan saham kelab Liga Super, Sabah FC.
Kenapa bukan stadium berkecuali, soal pemegang pas bermusim Perak
Keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) nyata mengecewakan peminat tuan rumah.
TERKINI: Akhyar Rashid bertunang dengan Eyka Farhana
Pemain skuad kebangsaan, Akhyar Rashid memuat naik gambar di laman sosial selepas selesainya majlis pertunangan dengan selebriti tanahair, Eyka Farhana.
Haaland and Gyokeres 'not a priority' for Barcelona, says Deco
Striker 'not a priority' for Barca
Cabal becomes second Juventus defender to suffer ACL injury
Juve's Cabal suffers ACL injury
WSL title race: Man City out to halt Bompastor's perfect Chelsea start
WSL title race: Chelsea face City
Laporte 'would listen to call' from Real Madrid
Laporte would listen to Madrid call
Steward and Van Poortvleit among England changes for Springboks Test
England makes four changes for SA
ATP Finals: Comeback win keeps Fritz in semi-final contention
ATP Finals: Fritz beat De Minaur
Ranieri comes out of retirement to take charge of Roma
Ranieri appointed Roma boss
LeBron will retire when time is right after latest piece of history
LeBron makes retirement admission
McIlroy boosts Race to Dubai hopes with early lead in DP World Tour Championship
McIlroy boosts Race to Dubai hopes
'I have nothing against him' - Leao brushes off rumours of feud with Fonseca
Leao: no feud with Fonseca