Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Saufi Tahir
May 21, 2024 09:09 MYT
May 21, 2024 09:09 MYT
Jaguh lontar peluru para negara, Muhamad Ziyad Zolkefli, berjaya melayakkan diri ke temasya sukan Olimpik Paris 2024.
Pengumuman itu diumumkan secara rasmi di sebuah laman media Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.
Antara atlet yang telah diumumkan adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Temasya Sukan Paralimpik 2024 bakal membuka tirainya di perkarangan Champs-Elysees & Place de la Concorde, Paris pada 28 Ogos hingga 8 September 2024