Tidak puas dengan apa yang telah dilakukan pada minggu lalu, AJ Styles dan sekutunya The O.C (The Original Club) sekali lagi membuat kacau dengan mengganggu upacara menandatangani kontrak di antara Juara Universal WWE Seth Rollins dan Braun Strowman di segmen pembukaan Raw minggu ini.
Namun situasi agak berbeza. Jika minggu lalu moderator Michael Cole gagal mengawal suasana, bintang Hall of Fame Stone Cold Steve Austin pula secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi perantara bagi acara pemeteraian kontrak merebut Kejuaraan Universal di acara Clash Of Champions di antara Rollins dan Strowman, sekaligus mengelakkan mana-mana pihak mengganggu kelancaran majlis.
Stone Cold Steve Austin, 54, disambut penuh dengan gegak gempita oleh hampir 18,000 WWE Universe yang membanjiri arena Madison Square Garden yang merindui penampilannya.
Bintang lagenda yang mendapat jolokan The Rattlesnake ini sempat berkongsi imbauan kenangan beraksi di arena paling masyhur tersebut bersama Bret “The Hitman” Hart pada 1997 dan menghadiahkan gerakan maut Stone Cold Stunner buat pertama kalinya terhadap Pengerusi WWE Vince McMahon pada tahun 1998.
Usai Strowman dan Rollins selesai menurunkan tandatangan di atas lembaran kontrak perlawanan mereka di acara Clash Of Champions, The O.C muncul dengan diketuai AJ Styles yang memperlekehkan Rollins, Strowman dan tidak ketinggalan Stone Cold Steve Austin sendiri.
Malang buat mereka apabila usaha untuk mengulangi semula onar yang dilakukan minggu lalu, bertukar tragedi apabila The Beast Slayer dan The Monster Among Men dengan mudah menyingkirkan balaci AJ iaitu Luke Gallows dan Karl Anderson.
Menyangka dirinya terselamat daripada serangan Juara Beregu Raw tersebut, AJ dengan bongkak berdiri di tengah gelanggang tanpa menyedari Stone Clod sedang bersiaga di belakangnya. Ibarat patukan pantas seekor ular orok-orok, Austin menendang abdomen AJ selajur menghadiahkan rentapan Stone Cold Stunner terhadap Juara Amerika Syarikat WWE itu.
Perlawanan lima lawan lima melibatkan The OC bersama pencabar Kejuaraan Beregu Raw iaitu Robert Roode dan Dolph Ziggler menentang gandingan The Viking Raiders, Cedric Alexander, Seth Rollins dan Braun Strowman menjadi kemuncak di acara Raw minggu ini.
Siapa sangka, bintang 205 Live yang kini namanya sedang meniti di bibir peminat iaitu Cedric Alexander berjaya memperoleh tiga kiraan pin melalui gerakan Lumbar Chack yang padu di atas belakang AJ Styles.
Pasca kemenangan pasukan berhaluan kanan tersebut, Stone Cold sekali lagi masuk ke gelanggang bagi meraikan kejayaan tersebut dengan kelazimannya iaitu meminum bir bersama-sama pemenang di tengah gelanggang.
Ibarat jatuh ditimpa tangga, sebaik sahaja siaran Raw tamat ke udara, AJ sekali lagi menerima hadiah Stunner daripada bekas Juara Dunia WWE sebanyak 6 kali itu yang berpura-pura menawarkan setin bir kepadanya.
Keputusan lain perlawanan di acara Raw minggu ini:
1. Cedric Alexander kalahkan AJ Styles melalui pembatalan DQ
2. Juara Wanita Raw Becky Lynch & Chalotte Flair tewaskan Juara Wanita Smackdown Bayley & Sasha Banks
3. Rey Mysterio tumpaskan Gran Metallik
4. Baron Corbin layak ke peringkat akhir Kejohanan King Of The Ring dengan mengenepikan cabaran daripada Samoa Joe dan Ricochet
5. Natalya tebus kekalahan minggu lalu dengan membenam Lacey Evans
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Clash of Champions pada 16 September ini dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.
Hafiz Azwany Taher
Wed Sep 11 2019
Campana not concerned by competing with Messi for Inter Miami records
Inter Miami take on the New York Red Bulls on Saturday, as Lionel Messi's team aim to extend their lead in the Western Conference.
Lehecka into maiden Masters semi-final after Medvedev retires hurt
Daniil Medvedev's fine run at the Madrid Open was ended by injury as the Russian retired hurt from his quarter-final against Jiri Lehecka.
Lucas Hernandez to miss Euro 2024 after PSG defender sustains knee injury
Lucas Hernandez sustained a knee injury in Paris Saint-Germain's defeat to Borussia Dortmund this week, and will now miss Euro 2024.
IPL: Kumar the hero as Sunrisers stun Royals for final-ball win
Rajasthan Royals needed two runs from the final ball to beat Sunrisers Hyderabad on Thursday, but Bhuvneshwar Kumar had other ideas.
Nuno demands Premier League resolves PSR 'mess' as Forest await appeal verdict
Nottingham Forest's appeal against a four-point deduction was heard last week, with the outcome expected to be released soon.
France defender Hernandez to miss Euro 2024 after suffering ACL injury
PSG's Hernandez suffers ACL injury
Swiatek races into Madrid Open final with dominant win over Keys
Iga Swiatek's march towards a first Madrid Open crown continued on Thursday as she swatted Madison Keys aside to reach the final.
Tonali set for August return after receiving suspended two-month ban from FA
Tonali gets suspended ban from FA
Will Still leaves Reims job with immediate effect
Will Still leaves Reims job
'It's a joke' – Ten Hag slams reports of Man Utd fire sale
Ten Hag: Man Utd reports 'a joke'