Menongkah segala ramalan. Itulah yang boleh digambarkan apabila bintang sensasi Raw Ricochet berjaya mengenepikan cabaran Bobby Lashley dan Seth Rollins di perlawanan kemuncak Raw semalam.
Dengan ganjaran berpeluang untuk bergelar sebagai pencabar utama Kejuaraan WWE di acara WWE Super Showdown di Arab Saudi pada tiga minggu akan datang, ketiga-tiga individu itu berusaha sedaya upaya untuk memenangi perlawanan ini.
Ini termasuklah mendapatkan bantuan pihak luar sepertimana yang dilakukan Seth Rollins yang memanggil sekutunya Buddy Murphy dan Authors of Pain untuk sama-sama membelasah Ricochet dan Lashley bagi mendapatkan kemenangan mudah.
Mujur Kevin Owens dan Viking Raiders muncul meneutralisasikan suasana dengan menyerang pengikut-pengikut Monday Night Messiah tersebut sehingga meninggalkan Rollins terkontang-kanting keseorangan. Peluang ini dimanfaatkan sebaiknya oleh Ricochet dan Lashley apabila perlawanan kembali menjadi adil dan seimbang.
Lashley yang beberapa bulan sebelum ini terhimpit dalam kancah hubungan tiga segi dengan Rusev dan Lana juga dilihat cuba untuk fokus kembali kepada matlamat utamanya iaitu menempah slot sebagai pencabar utama dan bertemu Brock Lesnar. Dengan kelebihan fizikal yang ada, Ricochet dan Rollins mudah dikendalikan seterusnya mendominasi perlawanan.
Namun tuah lebih memihak kepada Ricochet. Bekas Juara Amerika Syarikat ini mempamerkan kemahiran akrobatiknya sehingga berjaya mengelirukan Rollins dan Lashley. Dengan lompatan 630 yang mengagumkan ke atas The All Mighty, Rollins berjaya menyudahkan tiga kiraan pin dan bergelar pemenang.
Belum sempat meraikan kejayaannya, Brock Lesnar muncul entah dari mana lantas menghadiahkan pusingan F5 ke atas Ricochet. Pastinya dendam Lesnar terhadap bintang berusia 31 tahun itu masih tersemat di dadanya kerana Ricochetlah merupakan punca mengapa dirinya tersingkir daripada perlawanan Royal Rumble minggu lalu apabila ditendang di bahagian celah kelangkang selajur menerima tendangan Claymore daripada pemenang Royal Rumble edisi 2020, Drew McIntyre.
Ricochet akan bertemu Brock Lesnar di acara WWE Super Showdown pada 28 Februari depan secara eksklusif dari International Arena at The Boulevard di Riyadh, Arab Saudi dengan Kejuaraan WWE milik The Beast menjadi taruhan.
Keputusan lain acara Raw minggu ini:
1. Liv Morgan tewaskan Lana sebelum diserang bekas sahabatnya Ruby Riott
2. Drew McIntyre kalahkan Juara 24/7 Mojo Rawley dalam tiga saat
3. Juara Beregu Raw Buddy Murphy & AOP tumbangkan pasukan Viking Raiders & Kevin Owens dalam perlawanan penyingkiran
4. Aleister Black benam Eric Young
5. Rey Mysterio beroleh kemenangan DQ ke atas Angel Garza
6. Juara Beregu Wanita Asuka tewaskan Natalya
7. Juara Wanita NXT Rhea Ripley cabar Charlotte Flair untuk merebut Kejuaraan Wanita NXT
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Super Showdown pada 28 Februari depan dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.
Hafiz Azwany Taher
Wed Feb 05 2020
Courtois to make first start this season as Madrid close in on title
Thibaut Courtois will make his long-awaited return this weekend, but Carlo Ancelotti will stick with Andriy Lunin in the Champions League.
Pochettino laments 'stupid rumours' over future as Chelsea speculation persists
Chelsea could be set for another managerial change under Todd Boehly, with Mauricio Pochettino unaware of what the future holds.
San Jose Earthquakes v Los Angeles FC: Hosts have 'nothing to lose' at Levi's Stadium
Preview: San Jose v Los Angeles FC
Xavi: Barcelona are out for revenge against Girona
Xavi: Barca are out for revenge
Girona to give '200 per cent' against Barcelona in possible Champions League clincher
Girona could seal Champions League qualification this weekend, with fellow Catalan side Barcelona the visitors to Estadi Montilivi.
Toronto FC v FC Dallas: Estevez wants cool heads from visitors
FC Dallas visit Toronto FC on Saturday, having recorded their first win in eight MLS games last time out.
Silva targets derby win to cap more 'complete' Fulham season
Preview: Brentford v Fulham
Klopp says Salah spat a 'non-story', does not expect forward to push for move
Klopp says Salah spat a 'non-story'
Arteta hoping to make more fond memories as Arsenal host Bournemouth
Arsenal go first in the Premier League title race on Saturday, hosting Bournemouth before Manchester City take on Wolves.
Guardiola says Man City must prove themselves all over again in title race
Preview: Manchester City v Wolves