WWE Raw: MVP perkenal bengkung kejuaraan Amerika Syarikat baharu

Hafiz Azwany Taher
July 8, 2020 04:33 MYT
Setelah menang mengejut ke atas Juara Amerika Syarikat Apollo Crews di acara Raw minggu lalu, bintang veteran, MVP mempersembahkan bengkung kejuaraan Amerika Syarikat dengan reka bentuk baharu yang lebih klasik.
Bersama-sama dengan sekutunya Bobby Lashley, MVP mendakwa yang dirinya adalah juara sebenar setelah melakukan tindanan pin secara bersih ke atas Crews, dan pertemuan semula mereka di acara The Horror Show at Extreme Rules pada 20 Julai depan akan menobatkan juara sebenar.

The NEW #USTitle has been unveiled on #WWERaw by @The305MVP & @fightbobby! pic.twitter.com/PspWZ8UKXl

— WWE (@WWE) July 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bengkung kejuaraan baharu ini ternyata menyerlahkan lagi prestij dan keunggulan kejuaraan yang telah mula dipertandingkan pada 1 Januari 1975 ini dengan menyaksikan lagenda Harley Race sebagai juara sulung. Ia bermula di (NWA) National Wrestling Alliance sebelum diserapkan di bawah jenama WCW (World Championship Wrestling) pada November 1988.
Setelah WCW diambil alih sepenuhnya oleh WWE pada tahun 2001, bengkung kejuaraan ini diberi nafas baharu pada tahun 2003 dan tidak pernah berubah reka bentuknya hinggalah waktu ini. Hanya sekali John Cena tampil dengan bengkung kejuaraan spinner khas bagi meraikan persona Cena sebagai rapper Dr Thuganomics pada tahun 2004.
Dengan pengenalan bengkung kejuaraan baharu ini, pastinya ia akan meneruskan legasi gemilang para juara terdahulu seperti Ric Flair, Ricky Steamboat, Roddy Piper, Sting, Steve Austin, Bret Hart, Chris Jericho dan MVP sendiri.
Dalam perkembangan lain, Rey Mysterio memilih syarat perlawanan mengejutkan apabila berjaya bersama-sama Kevin Owens, mereka berjaya menewaskan Seth Rollins dan Murphy.

An EYE for an EYE?@reymysterio picks the stipulation for his match with @WWERollins at The Horror Show at #ExtremeRules ... and he wants to pull The #MondayNightMessiah's ? out with his bare hands?! #WWERaw pic.twitter.com/1kkzdn2pnV

— WWE (@WWE) July 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setelah apa yang dilakukan The Monday Night Messiah ke atas diri dan anaknya Dominique beberapa minggu lalu, kesumat Mysterio tidak mampu dibendung lagi. Tegasnya, siapa yang tewas antara dirinya dengan Seth dalam perlawanan di Horror Show at Extreme Rules nanti, perlu mengorbankan mata dan bekas Juara Dunia WWE ini berikrar mahu mencungkil biji mata Seth dengan tangannya.
Keputusan lain acara Raw:
1. Juara WWE Drew McIntyre kalahkan Heath Slater
2. Kairi Sane seri dengan Sasha Banks
3. Bobby Lashley & MVP tewaskan gandingan Ricochet & Cedric Alexander
4. Randy Orton, Andrade & Angel Garza tumpaskan Big Show & Viking Raiders
5. Billie Kay tumbangkan Ruby Riott
6. Juara Wanita Raw Asuka tewaskan Juara Wanita Smackdown Bayley hasil gangguan Nikki Cross
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara NXT Great American Bash bahagian ke-2 pada 9 Julai esok dan Horror Show at Extreme Rules pada 20 Julai serta kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
#WWE