WSL: Chelsea melonjak ke tangga teratas selepas atasi West Ham

Muzaffar Musa
May 18, 2023 11:58 MYT
WEST HAM UNITED 4 CHELSEA 0
Chelsea mengatasi West Ham 4-0 untuk melonjak ke tangga teratas Liga Super Wanita (WSL) awal pagi tadi.
Niamh Charles, yang melakukan penampilannya yang ke-100 dalam WSL, meletakkan The Blues di depan seawal minit ke-13 selepas percubaan awal Sam Kerr dihadang.
Juara Piala FA itu kemudian menggandakan kelebihan mereka menjelang tiga minit sebelum ke bilik persalinan hasil sentuhan Pernille Harder, yang melakukan gelecekan sebelum melepaskan rembatan menyilang ke penjuru bawah gawang lawan.
Chelsea mengesahkan kemenangan mereka pada minit ke-65 apabila tandukan Magdalena Eriksson susulan satu sepakan sudut ditolak ke palang oleh penjaga gol The Irons, Mackenzie Arnold, dan Sophie Ingle kemudian bertindak menyudahkan bola muntah berkenaan.
Dalam waktu kecederaan, pemain gantian, Erin Cuthbert, meledakkan gol keempat pelawat untuk melengkapkan kemenangan penuh bergaya Chelsea.
Pasukan bimbingan Ema Hayes itu kini berkelebihan dua mata di tangga teratas mengatasi pencabar terdekat, Manchester United, dalam pemburuan gelaran liga buat kali keempat berturut-turut.
#bola sepak #Chelsea #West Ham United #WSL
;