Wimbledon: Suami suntik semangat Marketa Vondrousova melangkah ke separuh akhir
Ammar Hakim
July 12, 2023 10:50 MYT
July 12, 2023 10:50 MYT
Marketa Vondrousova mendedahkan dorangan penuh semangat daripada suaminya membantu memberi inspirasi kepada kebangkitannya untuk melakar kemenangan dalam aksi suku akhir Wimbledon yang menakjubkan ke atas pemain nombor empat dunia, Jessica Pegula.
Finalis Terbuka Perancis 2019 itu ketinggalan 3-1 dalam set penentuan menentang pemain Amerika Syarikat itu apabila perlawanan ditangguhkan selama lebih 20 minit untuk membolehkan bumbung Court One ditutup kerana diramalkan hujan.
Vondrousova bercakap melalui telefon dengan pasangan, Stepan Simek, semasa ketika perlawanan ditangguh dan, sebaik permainan disambung semula, bangkit daripada ketinggalan 4-1 sebelum merekodkan rentak terbaiknya di Kelab All England dengan kemenangan 6-4, 2-6, 6-4.
Semi-final secured.The emotion pours out as Marketa Vondrousova seals her place in the last four#Wimbledon pic.twitter.com/bUrxTupHkq
— Wimbledon (@Wimbledon) July 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain berusia 24 tahun itu menitiskan air mata berikutan kemenangan yang menetapkan pertembungan separuh akhir dengan Elina Svitolina dan mengakui rehat itu cukup bermanfaat.
"Saya sebenarnya tidak bertemu jurulatih saya," katanya.
“Saya keseorangan di ruang menunggu.
“Saya berbual sedikit dengan suami. Kami bercakap di telefon. Dia hanya berkata, 'cuba untuk bangkit, anda bermain bagus, anda bermain perlawanan yang hebat'.
"Itu sahaja. Saya rasa rehat itu membantu sebenarnya. Ia adalah baik dan membantu saya mendapatkan kemenangan ini."