Wimbledon: Ini hari terbaik dalam hidup saya -- Barbora Krejcikova

Ammar Hakim
July 13, 2024 07:07 MYT
Barbora Krejcikova berkata kemenangan Wimbledon menandakan hari terbaik dalam hidupnya ketika dia meraikan kejayaan yang tidak dijangka.
Pemain kelahiran Czechia itu memperoleh gelaran sulungnya di Kelab All England dengan kemenangan 6-2, 2-6, 6-4 ke atas Jasmine Paolini pada perlawanan akhir semalam.
Ia membawa gelaran grand slam kedua Krejcikova, selepas Terbuka Perancis 2021, menjadikannya pemain ketujuh memenangi perlawanan akhir perseorangan wanita pertama mereka di kedua-dua kejohanan.
Setelah melakukan tiga kejutan besar untuk ke final, menumbangkan Danielle Collins, Jelena Ostapenko, dan Elena Rybakina, Krejcikova kelihatan terkejut apabila dia akhirnya berjaya meraih trofi.
"Saya tidak mempunyai sebarang kata-kata sekarang, ia sukar dipercayai. Ia pastinya hari terbaik dalam karier tenis saya dan juga hari terbaik dalam hidup saya," kata Krejcikova.
"Sukar untuk menjelaskan perasaan saya sekarang. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jasmine dan pasukannya. Dia mengharungi dua minggu yang hebat, ia adalah perlawanan akhir yang hebat, dan kami berjuang untuk setiap mata.
"Saya rasa tiada siapa yang percaya saya layak ke final dan tiada siapa percaya saya memenangi Wimbledon. Saya masih tidak percaya.
"Saya sebenarnya tidak mempunyai permulaan yang baik untuk musim ini. Sungguh sukar dipercayai saya berdiri di sini sekarang, dan saya telah memenangi Wimbledon. Saya tidak tahu [bagaimana ia berlaku]."

Illness and injury. Doubts and defeats. Barbora Krejcikova had been through a lot in 2024. Then she arrived at The Championships...#Wimbledon pic.twitter.com/e92HVhzd0A

— Wimbledon (@Wimbledon) July 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Wimbledon #Tenis #Barbora Krejcikova
;