Wimbledon: Bergelar ibu dan perang ubah perspektif hidup -- Elina Svitolina

Ammar Hakim
July 12, 2023 08:45 MYT
Elina Svitolina mempunyai keutamaan yang jauh lebih besar daripada tenis namun ia tidak menghalangnya daripada menghasilkan rentak cemerlang apabila mara ke separuh akhir di Wimbledon.
Wild card dari Ukraine itu mengejutkan pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, dengan kemenangan 7-5, 6-7 (5), 6-2 di Centre Court setelah baru kembali ke sukan itu tiga bulan lalu selepas kelahiran anak perempuannya, Skai.
Svitolina juga mengambil motivasi daripada pencerobohan Russia ke atas negaranya ketika dia semakin menghampiri gelaran grand-slam pertama.
"Saya fikir ia adalah campuran segala-galanya," katanya.
“Saya fikir perang menjadikan saya lebih kuat dan juga menjadikan saya, seperti, lebih kuat dari segi mental. Terdapat banyak perkara yang lebih buruk dalam hidup, jadi saya lebih tenang beraksi di gelanggang.
“Saya juga fikir, kerana saya baru mula bermain semula, saya mempunyai tekanan yang berbeza. Sudah tentu, saya mahu menang. Saya mempunyai motivasi ini, seperti motivasi besar, untuk kembali ke puncak.
"Tetapi saya fikir mempunyai anak, dan peperangan, menjadikan saya orang yang berbeza. Saya melihat perkara daripada perspektif berbeza.”

The courtside view of @ElinaSvitolina's moment ✨#Wimbledon pic.twitter.com/Xlc01lHo4b

— Wimbledon (@Wimbledon) July 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Wimbledon
;