Wai Ching tampil dengan misi baru
Ammar Hakim
December 2, 2024 18:58 MYT
December 2, 2024 18:58 MYT
Selepas kecewa terlepas ranking nombor satu dunia yang sudah dipegang selama dua tahun setengah apabila tewas di Maraton Vertical Shanghai Tower International, pelari menara negara, Soh Wai Ching, tampil dengan misi baru untuk merampas kembali gelaran itu.
Wai Ching yang ketika ini berada di ranking kedua dunia ingin menjadikan KL Tower International Towerthon 2024 sebagai garisan permulaan buat misi tersebut.
Wai Ching yang baru sahaja pulang dari China masih segar dengan pencapaian menjadi juara Canton Tower Run, yang berjaya mengembalikan keyakinannya setelah hilang gelaran nombor satu dunia.