Vettel terkejut kegagalan Ferrari dalam kelayakan di Austria

Nafis Abdullah
July 4, 2020 05:58 MYT
Sebastian Vettel meluahkan rasa terkejut selepas gagal menamatkan aksi kelayakan ketika saingan Grand Prix Austria sekali gus dia perlu memulakan perlumbaan di petak ke-11.
Valtteri Bottas mengetepikan rakan sepasukan dalam Mercedes, Lewis Hamilton, untuk meraih petak utama dalam perlumbaan sulung musim Formula Satu di Red Bull Ring.
Harapan Ferrari untuk meraih permulaan baik tampak tipis tatkala Vettel gagal menduduki kelompok 10 terbaik dan Charles Leclerc hanya berada di petak ketujuh.
The Scuderia tidak akan menggunakan kereta yang dinaik taraf sehingga pusingan ketiga di Hungary dan ia tampak bukan petanda baik buat Vettel yang bakal meninggalkan pasukan di penghujung musim ini.
"Terkejut," katanya.
"Saya fikir kami lebih bersedia tetapi pelumba lain kelihatan lebih bertenaga dan konservatif ketika latihan."
Namun, Vettel berharap pasukan Itali itu akan lebih kompetitif ketika perlumbaan sebenar.
"Saya tidak begitu gembira dengan jentera, ia membelok lebih banyak berbanding biasa tetapi lihat nanti.
"Saya fikir aksi perlumbaan sebenar nanti akan berbeza. Mungkin litar lebih panas sehingga memberi kesan kepada kami."
#Ferrari #Sebastian Vettel #Formula Satu
;