Verstappen mula goyah untuk pertahankan kejuaraan
King Hisyam
September 10, 2024 14:59 MYT
September 10, 2024 14:59 MYT
Juara dunia Formula 1, Max Verstappen kini mula goyah dan sangsi samada dia mampu mempertahankan kejuaraanya itu atau sebeliknya dalam baki pusingan perlumbaan yang perlu diharunginya.
Ia berikutan masalah yang perlu di atasi terhadap jenteranya yang menyaksikan dia gagal menghasilkan keputusan yang sempurna pada pusingan perlumbaan Grand Prix itali baru-baru ini.
Dalam aksi perlumbaan tersebut pemandu pasukan Red Bull Racing itu sekadar mampu menamatkan perlumbaan dikedudukan keenam dengan menyaksikan Charles Lerlerc cemerlang untuk muncul selaku juara.
Walaupun masih lagi mendahului kedudukan keseluruhan pelumba dengan mengumpul 303 mata namun ia bukanlah selesa buatnya memandangkan ia hanya dibezakan dengan 62 mata sahaja dengan pencabar terdekatnya dari pasukan McLaren Mercedes, Lando Norris.
Jika berdasarkan presasi semasa jenteranya ketika ini, Verstappen nyata mempunyai alasan yang kukuh untuk menyuarakan kebimbangan tersebut apatah lagi ditambah dengan momentum cemerlang Norris.
"Kereta ini tak boleh dipandu, ada masalah kesimbangan yang besar yang sedang dihadapi. Impak yang diberikan bukan hanya sekadar satu atau beberapa pusingan tetapi hampir keseluruhan perlumbaan." Katanya kepada media.
Pelumba berusia 26 tahun itu ketika ini nyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap prestasi semasa jentera yang perlu dipandu beliau walaupun krew pasukanya ketika ini bertungkus lumus untuk cuba mengatasi masalah yang dihadapi.
Dengan hanya berbaki lapan lagi perlumbaan yang harus diselesaikan, Mclaren dilihat lebih memiliki potensi yang besar untuk muncul bergelar juara kali ini termasuk dalam kategori pengeluar.
.