Manchester United tidak boleh menukar pengurus secara berterusan dan Ole Gunnar Solskjaer patut diberikan masa untuk membuktikan kemampuannya, kata Robin van Persie.
Bulan lalu, Van Persie dan Solskjaer bertikam lidah selepas bekas penggempur Belanda itu menggesa agar pengurus United itu menunjukkan reaksi yang lebih agresif susulan kekalahan di tangan Arsenal.
Solskjaer menolak nasihat itu, berkata walaupun Van Persie mengambil jersi nombor 20 miliknya di Old Trafford, dia tidak berhak untuk corak pengurusannya dan bertekad tidak mahu mengubah pendekatan itu.
Namun, tatkala kelab itu kini menduduki tangga ketujuh liga, bekas penyerang United dan Real Madrid itu berkata kekerapan menukar pengurus tidak akan memberikan manfaat.
Jika benar Solskjaer adalah pilihan United, Van Persie berkata mereka patut memberikannya masa.
"Selepas persaraan Sir Alex Ferguson, semua orang sedar bahawa sukar untuk kekal di tahap itu susulan kejayaan yang diraih sebelum itu," katanya.
"Saya fikir semua orang melihatnya. David Moyes pernah melaluinya, begitu juga Louis van Gaal, Jose Mourinho dan kini Solskjaer.
"Ferguson memerlukan masa untuk mengubah dan sampai ke tahap itu. Saya tidak fikir bagus buat kelab untuk terus bertukar pengurus dalam tempoh setahun atau dua tahun.
"Jika anda memilih Solskjaer, dia perlu disokong dan diberikan masa. Itu yang saya fikirkan kerana pasukan memerlukan kestabilan."
Isnin lalu, United meraih kemenangan penting 2-0 ke atas Chelsea untuk meletakkan mereka hanya ketinggalan tiga mata daripada kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.
Van Persie teruja dengan persembahan dipamerkan tetapi tidak konsisten mengekang United daripada bersaing di peringkat elit seperti Liverpool dan Manchester City.
"Kini, mereka menewaskan Chelsea dan sejujurnya, ia perlawanan yang baik," tambahnya.
"Namun, anda tidak akan tahu apa yang berlaku dalam aksi seterusnya. Ia tidak cukup konsisten untuk mencabar kejuaraan.
"Sukar kerana anda perlu bersaing dengan Liverpool yang begitu memukau serta City yang hebat.
"City tidak mencapai tahap sama pada tahun ini tetapi berdasarkan beberapa tahun kebelakangan ini, mereka dan Liverpool sangat hebat.
"Itu tahap yang perlu dicapai United. Itulah konsiten dan ia perkara paling sukar dalam bola sepak kerana saingan liga sangat sukar.
"Walaupun anda berdepan Burnley di tempat lawan, pasukan sebegitu sangat sukar untuk ditewaskan. Anda perlu melakukan segala perkara yang betul dan menjadi satu cabaran besar untuk kekal konsisten."
Nafis Abdullah
Thu Feb 20 2020
EPL: Cole Palmer Pemain Muda Terbaik Musim 2023/24
Selepas ditandatangani Chelsea dari Manchester City, Cole Palmer secara konsisten tampil prestasi dengan kualiti tertinggi sepanjang menyarung jersi The Blues
Kami janji bawa balik Piala FA ke Old Trafford -- Erik ten Hag
Musim yang agak kucar-kacir buat Manchester United, mungkin akan berakhir dengan gembira.
EPL: Jika mereka tidak perlukan saya lagi, saya akan pergi --Bruno Fernandes
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, berharap pasukannya wajar 'menamatkan musim dengan cara terbaik' berikutan berjaya meraih kemenangan 3-2 berdepan Newcastle United, awal pagi tadi.
EPL: Hojlund pastikan Manchester United kembali ke landasan kemenangan
Manchester United 3-2 Newcastle United
Raphael Varane umum berpisah dengan Manchester United
Raphael Varane akan meninggalkan Manchester United sebaik kontraknya tamat di penghujung musim ini.
EPL: Masalah Manchester United sudah berlarutan terlalu lama, kata Beckham
David Beckham percaya isu yang membelenggu Manchester united telah berlarutan terlalu lama sejak persaraan Alex Ferguson pada 2013.
EPL: Old Trafford bocor, bilik persalinan pelawat banjir
Bilik persalinan pasukan pelawat di Old Trafford banjir berikutan hujan lebat yang melanda Manchester awal pagi tadi.
EPL: Erik ten Hag tidak pernah menyesal pilih Manchester United
Erik ten Hag menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal memilih untuk menjadi pengurus Manchester United.
EPL: Arsenal kembali ke tangga teratas hasil menang tipis ke atas Manchester United
Arsenal kembali ke tangga teratas menjelang minggu terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Manchester United di Old Trafford awal pagi tadi.
Garnacho, Onana ucap cepat sembuh kepada Faisal Halim
Bintang Manchester United, Alejandro Garnacho, dan penjaga gol utama, Andre Onana, mengucapkan semoga cepat sembuh kepada pemain negara, Faisal Halim.
Leverkusen have no time to soak in 'Neverlusen' season - Alonso
Bayer Leverkusen made history as the first side to win the Bundesliga without losing a single game in 2023-24.
Forest 'still have to finish the job' against Burnley, says Nuno
Nottingham Forest are all but safe from Premier League relegation, but Nuno Espirito Santo is not taking anything for granted.
Borussia Dortmund 4-0 Darmstadt: Reus stars in farewell game
Marco Reus said goodbye to Signal Iduna Park with a goal and an assist as Borussia Dortmund finished their league season with a win.
Chelsea edge out Man City to claim fifth straight WSL title with thumping win at Old Trafford
Chelsea hammered Manchester United to complete a remarkable turnaround and claim the WSL title on goal difference in Emma Hayes' final game.
Hoffenheim 4-2 Bayern Munich: Tuchel bows out on defeat thanks to Kramaric hat-trick
Bayern Munich failed to send Thomas Tuchel off with a win after giving up a two-goal lead against Hoffenheim on the final day.
Bayer Leverkusen 2-1 Augsburg: Bundesliga champions make history with unbeaten season
Bundesliga champions Bayer Leverkusen are the first team in the history of Germany's top tier to go the entire campaign unbeaten.
Verstappen claims record-equalling eighth consecutive pole for Emilia Romagna Grand Prix
Just like in every other Grand Prix in 2024, Max Verstappen will start on pole position for Emilia Romagna after a strong qualifier.
Brighton confirm surprise departure of De Zerbi
Brighton and Roberto De Zerbi have mutually agreed to part ways at the end of the season, the Premier League club confirmed.
Guirassy matches Kiessling, Muller record with another opener
Serhou Guirassy scored the opening goal for Stuttgart against Borussia Monchengladbach, equalling a Bundesliga record in the process.
Edwards urges Luton to 'reward' supporters on final day
Luton Town appear set for an immediate return to the Championship, but Rob Edwards has urged his players to "reward" the fans' support.