UNL: Inilah wajah sebenar Perancis -- Adrien Rabiot

Najmi Iman
November 18, 2024 08:59 MYT
Rekod bersih juara Euro 2020, Itali, musnah apabila tewas kepada juara Piala Dunia 2018, Perancis, dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) di San Siro, awal pagi tadi.
Catatan tanpa sebarang kekalahan Azzurri gagal diteruskan selepas diaibkan pasukan lawan yang bangkit daripada diikat oleh negara haram, Israel, minggu lalu.
Dua jaringan bekas pemain Juventus, Adrien Rabiot, memacu kemenangan Les Bleus sambil lantunan gol sendiri oleh Guglielmo Vicario menutup aksi dramatik itu 3-1.
"Ini adalah wajah sebenar pasukan Perancis. Sudah lama kami tidak bermain seperti ini.
"Semua pemain menonjolkan semangat juang yang tinggi untuk menudukkan ego mereka di hadapan peminat tempatan," kata Rabiot.

?? ?? ??? ???????-??????! ? A 3-1 win over Italy and our Bleus finish ??? of their Nations League group ??#ITAFRA | #FiersdetreBleus pic.twitter.com/zXj6VnEeYB

— French Team ⭐⭐ (@FrenchTeam) November 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sebagai pertahanan, kalah boleh mahu menamatkan permainan tanpa sebarang bolos, namun kami juga tidak boleh menanggung semuanya.
"Dendam daripada aksi lalu masih menyala. Kami mahu menunjukkan bahawa jersi Perancis sangat dekat di hati kami," kata pemain terbaik, Lucas Digne.
#bola sepak #Adrien Rabiot #Perancis #Itali #UNL #Liga Negara-Negara UEFA
;